awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Sabri mampu ketuai negara, tangani COVID-19 dengan berkesan - Bung Moktar

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
20/08/2021
12:34 MYT
Ismail Sabri mampu ketuai negara, tangani COVID-19 dengan berkesan - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pelantikan Ahli Parlimen Bera itu juga dapat menstabilkan semula politik negara.
KOTA KINABALU: UMNO Sabah yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mampu mengetuai kerajaan Pusat dengan baik sekali menangani isu pandemik COVID-19 dengan lebih berkesan.
Sambil mengucapkan tahniah di atas pelantikan itu, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pelantikan Ahli Parlimen Bera itu juga dapat menstabilkan semula politik negara.
"Kita yakin beliau boleh memimpin dengan baik berdasarkan pengalaman luasnya dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini.
"Kita juga yakin pelantikan Ismail Sabri dapat menstabilkan semula politik negara agar tumpuan dapat diberikan kepada usaha yang menjurus kepada kesihatan, pemulihan ekonomi dan pembangunan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
BACA: Agong perkenan lantik Ismail Sabri sebagai PM ke-9
Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan pengalaman luas mengetuai beberapa kementerian selain dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri memperlihatkan kemampuan Ismail Sabri mentadbir negara.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, peningkatan mendadak kes COVID-19 di negeri itu sejak kebelakangan ini perlu ditangani dengan segera.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, keputusan itu ditetapkan Seri Paduka Baginda selepas Ismail Sabri menerima sokongan majoriti yang mencukupi iaitu seramai 114 Ahli Dewan Rakyat.
Agong perkenan lantik Ismail Sabri sebagai PM ke-9
Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#COVID-19
#tadbir negara
#ismail sabri yaakob
#Perdana Menteri
#UMNO Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan