awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu agihan kerusi diselesaikan secara muafakat parti komponen GRS - Hajiji

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
01/04/2021
11:20 MYT
Isu agihan kerusi diselesaikan secara muafakat parti komponen GRS - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hadir pada majlis pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-75 RTM Peringkat Negeri Sabah di Kota Kinabalu, hari ini. -Gambar Astro AWANI
KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yakin dengan kebijaksanaan komponen parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk mencapai kata sepakat dalam pengagihan kerusi menjelang pilihan raya umum nanti.
Beliau yang juga Pengerusi GRS berkata, apa yang penting ketika ini adalah untuk memenangi banyak kerusi dan bukannya bergaduh untuk merebut jumlah kerusi ditandingi.
“Perkara ini memerlukan kita sentiasa berkomunikasi dengan rakan-rakan kita di GRS tetapi secara rasminya dalam masa yang terdekat ini atau menjelangnya pilihan raya.... kita akan selesaikan masalah kerusi ini.
“Kita tidak perlu gaduh, Insya-Allah kita boleh menang banyak kerusi di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-75 RTM Peringkat Negeri Sabah di Kota Kinabalu pada Khamis.
Terdahulu, Hajiji menjawab pertanyaan media berhubung kesediaan GRS dalam isu penggagihan kerusi yang akan ditandingi oleh parti komponen GRS menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.
Jelasnya, parti komponen GRS akan tetap mempertahankan mandat rakyat Sabah dan mengekalkan persefahaman politik untuk kebaikan rakyat di negeri itu.
Topic Berkaitan
#politik
#Pilihan Raya Umum 15
#PRU15
#Gabungan Rakyat Sabah
#GRS
#Ketua Menteri Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan