awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib didapati bersalah atas semua 25 pertuduhan babitkan dana RM2.3 bilion
Kedutaan nasihatkan rakyat Malaysia elak kawasan sempadan
Konflik Ukraine-Rusia: Zelensky kata akan bertemu Trump dalam masa terdekat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu logo: Perkukuh dominasi parti politik berteras Melayu Islam - Penganalisis

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
30/11/2020
06:14 MYT
Isu logo: Perkukuh dominasi parti politik berteras Melayu Islam - Penganalisis
Penggunaan logo masing-masing oleh Perikatan Nasional dan Barisan Nasional dilihat sebagai satu perlambangan dominasi politik Melayu Islam.
KUALA LUMPUR:Apabila Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) mengumumkan akan menggunakan logo masing-masing, ia boleh dilihat sebagai satu perlambangan dominasi politik Melayu Islam dan impaknya terhadap negara.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berpendapat, situasi semasa memperlihatkan bagaimana permuafakatan ini mampu bergerak dalam melahirkan perikatan yang kuat tanpa merugikan mana-mana pihak.
"Bersatu dilihat sebagai pencabar kepada UMNO kerana ia parti yang berteraskan Melayu dan Islam.
"Justeru, apa yang perlu dilakukan untuk terus memastikan gabungan ini kuat dan berkembang ialah Bersatu perlu kembali ke strategi asal iaitu menggunakan pendekatan pelbagai kaum, seperti yang dilakukan Pakatan Harapan (PH) dalam blok pembangkang.
"Jika ini boleh dilakukan, takkan ada percanggahan yang ketara antara PN, Muafakat Nasional dan BN, dan ia menggambarkan kesediaan dan kebersamaan mereka untuk membentuk satu gabungan politik yang amat kuat dan mungkin boleh membantu memenangi pilihan raya akan datang," katanya ketika muncul sebagai tetamu dalam Buletin AWANI, hari ini.
Pertembungan logo antara PN, MN dan BN, ujar beliau, hanya akan menimbulkan spekulasi baharu yang akan memecahkan kejituan parti politik berteraskan Melayu Islam.
"Dominasi parti Melayu Islam bukan bermaksud meminggirkan kaum lain atau parti lain kerana ia adalah gabungan berteraskan prinsip perlembagaan dan Rukun Negara yang selama ini terbukti berjaya.
"Apabila PH ambil alih kepimpinan negara, mereka cuba membangunkan satu tema yang lebih luas dan menyeluruh tetapi gagal mendapat mandat dengan pergolakan dalam gabungan PH sendiri.
"Jadi, jelas formula dominasi parti politik Melayu Islam ini harus terus diwujudkan, digabungkan dengan kerjasama pelbagai kaum," katanya.
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#Barisan Nasional
#UMNO
#Pakatan Harapan
#pembangkang
#Melayu
#Islam
#pilihan raya
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan