awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM seru rakyat tolak kebencian, semai empati sempena Hari Krismas
MARDI agih 1,000 ekor Ayam Saga, perkasa komuniti KRT Jasin
Yayasan PEKEMA sasar 10,000 pelajar terima manfaat sepanjang 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu PN tarik sokongan: Saya tidak terima kenyataan rasmi - Idris

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
07/08/2022
08:16 MYT
Isu PN tarik sokongan: Saya tidak terima kenyataan rasmi - Idris
Idris berkata tiada pemakluman rasmi berhubung perkara itu yang diterima beliau daripada partinya.- Gambar fail
BAGAN SERAI: Tidak timbul sebarang keputusan rasmi daripada kepimpinan Perikatan Nasional (PN) berhubung soal untuk menarik sokongan dalam kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata malah tiada pemakluman rasmi berhubung perkara itu yang diterima beliau daripada partinya.
“Setakat hari ini tidak ada (kenyataan atau keputusan) rasmi, termasuklah daripada PN ataupun dalaman Pas. Jadi tidak timbul perkara itu (dalam kalangan PN) dan dalam mesyuarat Kabinet pun tidak timbul.
“Secara rasmi setakat ini, sama ada daripada WhatsApp harian ataupun peribadi, saya memang tidak terima (pemakluman) tentang hal itu. Selalunya jika ada perkara yang melibatkan sesuatu hal penting, presiden parti akan hubungi saya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Perak Kali Ke-39 di Bukit Merah Laketown Resort di sini, pada Ahad.
Hadir sama, Ketua Pemuda Pas Perak, Hafez Sabri; Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak, Muhammad Faizul Mohamed Ismail serta Ketua Pemuda Gerakan Perak, Ong Kean Sing.
Idris yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan laporan media bahawa PN menimbang untuk menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri.
Laporan itu mendakwa perkara itu dibuat selepas PN kecewa susulan pertemuan yang dijadualkan berlangsung antara gabungan itu dengan Ismail Sabri dibatalkan pada saat akhir, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Idris turut ditanya tanya tentang sebuah lagi gabungan politik Melayu baharu iaitu Gerakan Tanah Air (GTA) yang dilaporkan turut akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tanpa mengulas lebih lanjut, beliau hanya berharap bahawa Barisan Nasional (BN) dan PN terutama UMNO, Pas dan Bersatu dapat menjalinkan kerjasama bagi mengelakkan pertembungan lebih besar dalam PRU-15.
“Kita harapkan benda itu (pertembungan besar) tidak berlaku dan kita akan mengukuhkan lagi (kerjasama politk) antara BN dan PN terutama Pas, UMNO dan Bersatu dalam satu gabungan ummah yang kuat.
“Kita mahu PN dan BN kalau boleh kita nak sekali (elakkan pertembungan sesama sendiri). Kalau kita tidak buat seperti itu, kita akan lihat keputusan PRU akan datang ini sama dengan PRU ke-14,” jelas beliau.
Pada masa sama, Idris berkata ketika ini gerak kerja jentera Pas di seluruh negara bagi mendepani PRU15 adalah sekitar 70 peratus.
Topic Berkaitan
#Idris Ahmad
#PN
#ismail sabri yaakob
#tarik sokongan
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan