Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan pihaknya belum mendapat gambaran jelas mengenai isu Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahaya yang didakwa memiliki sijil akademik palsu.
Tun Mahathir dalam kenyataan ringkasnya kepada media berkata, "Kita (Bersatu) belum tahu lagi apa sebenarnya yang berlaku," katanya selepas majlis Perhimpunan Perdana Perpaduan 2019 sempena sambutan Hari Perpaduan dan ulang tahun Majlis Perundingan Muhibbah Pulau Pinang yang ke-15 di sini pada Jumaat.
Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu Pulau Pinang, Azahari Aris berkata, kesemua 13 bahagian parti di negeri itu menyatakan sokongan kepada Marzuki berhubung isu tersebut.
Katanya, biarpun ketika ini Marzuki yang juga Pengerusi Bersatu negeri berdepan isu mengenai kelayakan akademik yang didakwa palsu mereka tetap menyokong Marzuki kerana sikap kepemimpinannya sejak awal penubuhan parti itu di Pulau Pinang sehingga ke hari ini .
Malah mereka juga turut berbangga apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri.
Mengulas mengenai soal integriti pula, Azahari berkata parti politik tidak boleh disamakan dengan organisasi syarikat yang mana individu yang mahu menyertai politik tidak perlu melalui proses temuduga dan ditanya berkenaan kelayakan pendidikan.
Katanya, dalam politik apabila pemimpin itu diterima baik masyarakat maka pemimpin itu akan diangkat ke kedudukan lebih tinggi.
Dalam pada itu, mengulas mengenai dua laporan polis yang dibuat terhadap Marzuki berhubung isu tersebut, Azahari berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Isu mengenai sijil palsu timbul apabila Marzuki yang juga Timbalan Menteri Luar itu didakwa memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Cambridge, England.
Berikutan laporan polis dibuat seorang Aktivis Politik di Pulau Pinang mengenai perkara itu, Marzuki kemudiannya membuat penjelasan ijazah beliau adalah dari Universiti Antarabangsa Cambridge yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, kredibiliti Universiti Antarabangsa Cambridge, itu dipertikai kerana didakwa merupakan 'kilang' mengeluarkan sijil pendidikan yang tidak sah termasuk boleh dibeli.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Feb 08 2019
Setiausaha Agung Bersatu Pulau Pinang, Azahari Aris berkata, kesemua 13 bahagian parti di negeri itu menyatakan sokongan kepada Marzuki (gambar) berhubung isu tersebut. - Gambar fail
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
Kes demam denggi meningkat pada ME16, empat kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 2,321 kes pada Minggu Epidemiologi ke-16 (ME16) iaitu bagi tempoh 14 April hingga 20 April lepas.
KFC tutup sementara sejumlah cawangan, pindah pekerja tempat lain
QSR Brands bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah cawangan KFC Malaysia yang telah ditutup buat sementara waktu dan bilangan pekerja yang terjejas.
Nor Farah Ain tidak percaya bergelar juara dunia
Atlet boling pada negara Nor Farah Ain Abdullah masih tidak percaya sudah bergelar juara dunia pada penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Isu sijil akademik Marzuki: Bersatu belum dapat gambaran jelas
Bersatu belum mendapat gambaran jelas mengenai isu Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahaya yang didakwa memiliki sijil akademik palsu.