KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar memberi keutamaan untuk mengadakan pertemuan bagi menyelesaikan isu membabitkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin yang kini tidak lagi bersama parti tersebut.
Jelas Muhyiddin ia perlu memandangkan kuota kerusi berkenaan adalah milik Bersatu seperti mana yang telah termaktub dalam perjanjian sebelum ini.
"Saya sedang menunggu tarikh untuk bertemu Perdana Menteri. Saya minta Perdana Menteri beri keutamaan kerana daripada tarikh pengumuman yang dibuat oleh Datuk Zuraida saya fikir sudah melangkau lebih dua minggu.
"Ini satu tempoh agak terlalu panjang untuk saya tunggu. Di pihak Bersatu kita dah nyatakan pandangan kita dan pendirian kita. Sewajarnya perkara itu diputuskan segera," jelasnya selepas hadir pada Program #RuangBelia Bersama Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di sini hari ini.
Tambahnya lagi, beliau juga tidak mahu mencampuri permintaan Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang mahukan Perdana Menteri mengekalkan Zuraida dalam Kabinet.
BACA: "Jumpa Zuraida dulu, kemudian Muhyiddin" - PM
Namun beliau mengingatkan bahawa permintaan Bersatu terhadap jawatan tersebut sebagai sebahagian perjanjian antara Perdana Menteri dengan pimpinan Perikatan Nasional (PN).
"Kita cuma tuntut yang itu sahaja, bukanlah luar biasa. Jadi saya mohon pertimbangan Perdana Menteri segeralah. Saya dah minta nak jumpa, ini dekat dua minggu," katanya lagi.
Sebelum ini Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin mengakui masih berharap untuk kekal sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menerusi perjumpaannya dengan Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung dalam masa terdekat.
Jelasnya ia bagi memastikan segala program serta perancangan kementerian sebelum ini dapat disempurnakan termasuk beberapa program yang sedang dalam peringkat pelaksanaan.
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue Jun 21 2022

Muhyiddin sewaktu hadir pada Program #RuangBelia Bersama Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di ibu negara hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Lawatan Ke Turkiye | Malaysia pertimbang pilihan dapatkan sumber gandum
Malaysia berhasrat untuk mempelbagaikan sumber makanan importnya, termasuk kemungkinan membeli tepung gandum dari Turkiye ketika dunia terus mengalami kekangan bekalan, lonjakan harga makanan serta inflasi. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aspek jaminan keselamatan makanan juga adalah antara komponen utama dalam beberapa siri pertemuan beliau dengan peneraju industri republik itu.

Nasib Sri Lanka | PM Ranil Wickremesinghe akui Sri Lanka muflis
Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe akui negara itu kini muflis dan terjerumus ke kancah krisis ekonomi yang sangat dahsyat dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Malah lebih buruk katanya, ia dijangka berlarutan sehingga sekurang-kurangnya akhir tahun depan.

Banjir Baling: Kerajaan Selangor hantar misi bantuan
Seramai 189 anggota dari 12 pihak berkuasa tempatan dan 20 anggota sukarelawan terlibat dalam misi tersebut.

"Saya Datin Seri, saya tak bermadu" - Noniswara
Pelakon Noniswara jelas gelaran yang disandang, jawab tuduhan bergelar isteri kedua.

Sindiket nikah 'Ustaz Zul' tumpas
Seramai 16 individu termasuk isteri dan anak kepada lelaki terbabit yang mendakwa dirinya sebagai jurunikah bertauliah ditahan.

Rafizi dinasihat tidak terlalu obsesi kejar jawatan
Syed Badli Shah juga menggesa audit forensik diadakan secara menyeluruh terhadap keputusan pemilihan termasuk undi dalam talian.

Kedai di Kampung Masjid Iboi terbakar
Kebakaran memusnahkan lebih 80 peratus rumah kedai kelas A terbabit.

Banjir Baling: Nurul Anis sempat pilih nama anak dalam kandungan
Nurul Anis memilih nama Muhammad Aidan yang membawa maksud anak lelaki penuh semangat, berakhlak dan tegas.

Banjir Baling: Jumlah mangsa menurun
Sebanyak 159 mangsa daripada 50 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai.

Galtier dinamakan jurulatih baharu PSG, Pochettino ucap selamat tinggal
Galtier kini ditugaskan untuk menamatkan penantian gelaran PSG dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Ikmal Hisham nafi beri jam, payung untuk 'pancing' rakyat hadir majlis PN
Ikmal Hisham yang juga Timbalan Menteri Pertahanan turut mencabar mana-mana pihak agar mengemukakan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan.

PRU15: Pengguna logo PN belum diputus, dimuktamad Pas - Tuan Ibrahim
Pas masih belum membuat sebarang keputusan serta memuktamadkan untuk menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Tuntutan jawatan oleh Bersatu tak salah - Annuar
Hasrat Bersatu untuk menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri dan beberapa jawatan Kabinet yang lain tidak dianggap sebagai satu kesalahan.

Permintaan Muhyiddin tidak perlu dilayan, kata Najib
Najib faham permintaan Muhyiddin kepada PM sebab risau lebih ramai pemimpin Bersatu tinggalkan parti.

'Ini bukan masanya tuntut jawatan TPM' - Asyraf Wajdi
Desakan itu tidak kena dengan masa ketika rakyat berada dalam situasi sukar menghadapi kenaikan mendadak harga barang.

Muhyiddin bincang dengan PM berkaitan lantikan TPM
Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu berkata pertemuan itu telah diadakan beberapa hari lalu supaya perjanjian PN dengan Perdana Menteri sebelum ini, dapat dipertimbangkan.

Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin
Dakwaan Ahmad Zahid terhadap MPN bersifat muslihat politik, kata Muhyiddin.

Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri - Muhyiddin
Majlis Pemulihan Negeri perlu segera dibentuk bagi melancarkan usaha memulihkan ekonomi bersepadu melibatkan kerjasama kerajaan Pusat dan negeri, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Majlis Pemulihan Negara gagal, bubarkan sahaja - Zahid Hamidi
Katanya, kewujudan MPN sejak dari awal lagi tidak membuahkan hasil.

MPN teruskan peranan sebagai badan penasihat kerajaan - Muhyiddin
Pihaknya akan sentiasa memberi pandangan dan buah fikiran, namun terserah kepada kerajaan untuk menerimanya.