KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa pada malam Rabu berkata perwakilan ketiga-tiga sayap boleh menjadikan ucapan perasmian serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO oleh Timbalan Presiden sebagai bahan untuk dibahaskan.
Merujuk ucapan Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai prestasi UMNO dalam kerajaan tidak menunjukkan keyakinan yang diharapkan, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu menyifatkan ia sebagai pandangan peribadi Timbalan Presiden UMNO.
"Saya mahu tahu apa yang tidak memuaskan? Berdasarkan apa, fakta apa? Portfolio mana yang dirasakan tidak memuaskan? Itu pandangan Tok Mat (sebagai individu) di luar kerajaan.
"Secara peribadi, ada yang saya setuju dan ada yang saya tidak setuju tetapi ia ucapan yang mungkin boleh dijadikan bahan untuk dibahas oleh Wanita, Pemuda dan Puteri," kata Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian serentak Perhimpunan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri sempena Persidangan Agung UMNO 2021 di sini malam tadi.
Mohamad, dalam ucapan perasmiannya, berkata prestasi UMNO dalam kerajaan tidak menunjukkan keyakinan yang diharapkan namun mengakui ada yang mencuba dan melakukan sehabis baik.
Mengulas mengenai waktu sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Annuar mengulangi kenyataan ia tidak harus dibincangkan secara terbuka kerana akan wujud pelbagai pandangan seterusnya mencetuskan polemik.
Beliau berkata tarikh pilihan raya sewajarnya menjadi strategi parti selepas perbincangan bersama pucuk pimpinan.
"Jangan cakap terbuka, tarikh (PRU15) cepat atau lambat bincang secara tertutup, kekalkan ia sebagai strategi parti kerana kalau bincang terbuka, akan ada yang setuju dan tidak setuju yang akhirnya mencetuskan polemik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 16 2022

Annuar berkata perwakilan ketiga-tiga sayap boleh menjadikan ucapan perasmian serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO oleh Timbalan Presiden sebagai bahan untuk dibahaskan. - Astro AWANI/Shahir Omar

Jalan Kubu Gajah-Sumpitan ditutup sembilan hari susulan tanah runtuh
Laluan itu perlu ditutup kepada semua lalu lintas bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Lima 'orang tengah' ditahan minta rasuah selesai kes pemandu mabuk
Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 8.30 pagi Selasa bagi mendapatkan permohonan reman.

Penasihat utama politik China bertemu Speaker Dewan Rakyat Malaysia
Wang menyifatkan konsensus yang dicapai sebagai gambaran jelas tentang prinsip persahabatan, keikhlasan, manfaat bersama dan keterangkuman.

Kerajaan akan teroka peluang kerjasama LCSF dengan negara nilai dagangan tinggi
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan terus meneroka peluang untuk memperluaskan kerjasama Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan dengan negara lain.

Belanjawan 2024 mampu jadi asas kebangkitan ekonomi negara
Usaha kerajaan ke arah matlamat kebangkitan ekonomi negara boleh dilihat menerusi pelbagai pelan hala tuju seperti NETR dan NIMP 2030.

Pendigitalan perlu jadi asas pembangunan negara - Fahmi Fadzil
Pendigitalan kini perlu menjadi asas pembangunan sesebuah negara ke arah memupuk antaranya aspek pertumbuhan ekonomi, inovasi serta keterangkuman kewangan.

FDI Malaysia dijangka meningkat dengan dasar blok perdagangan, usaha PM tingkatkan profil negara
FDI Malaysia dijangka meningkat lebih kukuh menerusi galakan dasar "blok perdagangan" oleh kerajaan AS dan langkah Anwar untuk menambah baik kemudahan pelaburan di negara ini.

Industri sawit digalak teroka pasaran khusus untuk nilai pasaran lebih tinggi
Syarikat Malaysia digalakkan untuk mengeksport barangan siap berbanding dengan komoditi minyak sawit.

Cadangan kajian kebolehlaksanaan jaringan rel, udara ke Kalimantan dalam pertimbangan
Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan kajian kemungkinan jajaran jaringan logistik melalui rel dan udara dari Sabah dan Sarawak ke Kalimantan, Indonesia.

Malaysia sasar 10 emas di Kejohanan Gusti Lengan Dunia 2023
Seramai 56 peserta termasuk bekas juara 2019, Joffey Jolly, dari Sabah akan menggalas cabaran negara dalam 30 kategori dipertandingkan.

PRK Pelangai: Penyertaan bekas ahli UMNO tak gugat peluang BN - Amizar
Amizar berkata setakat ini, beliau melihat 'angin' pengundi di kawasan itu lebih memihak kepada BN berbanding calon lain.

UMNO tak pecat Isham Jalil - Ahmad Maslan
Kenyataan yang dikeluarkan UMNO juga sebaliknya hanya menumpukan mengenai soal mengukuhkan kerjasama bersama rakan-rakan parti komponen.

Tiada isu babit pemecatan ahli dibincang dalam Mesyuarat MT UMNO - Asyraf
Isu itu tidak timbul kerana keputusan Kerajaan Perpaduan sudah dibuat pada 23 Nov 2022, itu keputusan parti oleh Majlis Tertinggi.

'Itu Isham Jalil yang cakap, bukan UMNO' - Loke
Anthony Loke menyifatkan cadangan supaya UMNO bertanding sendiri dalam pilihan raya tanpa PH hanyalah pendapat peribadi Isham Jalil.

Mungkin ada lagi ahli UMNO akan dipecat, termasuk saya - Isham Jalil
Katanya, tindakan itu dipercayai kerana ada ahli parti yang didakwa lantang mengkritik keputusan kepimpinan UMNO untuk bersama PH.

Bicara kes komunikasi jelik Lokman Adam terhadap Ismail Sabri, kerajaan bermula 9 Okt
Kes Lokman Adam yang didakwa atas pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan akan diteruskan 9 Oktober.

Jangan manipulasi kehadiran saya pada Persidangan Tahunan DAP - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap kehadiran beliau pada Persidangan Tahunan DAP 2023 hari ini tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.

DNAA Ahmad Zahid: Kerajaan tiada kuasa pengaruh keputusan mahkamah - Tok Mat
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ia sebaliknya merupakan kuasa penuh mahkamah untuk menentukan tindakan sewajarnya.

Keputusan kes Zahid mampu kembalikan sokongan Melayu, Cina kepada BN - Bastien
Keputusan melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid sepatutnya mengubah landskap sokongan kaum Cina kepada gabungan itu.

UMNO didakwa 'sucikan' perjuangan Malaysia Malaysian DAP - Idris
Datuk Idris Ahmad mendakwa pemimpin UMNO yang sebelum ini keras dan lantang menentang konsep Malaysia Malaysian kini seakan 'mensucikan' perjuangan DAP itu.