awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jamaluddin akur permohonan ahli PPBM ditolak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/05/2018
11:23 MYT
Jamaluddin akur permohonan ahli PPBM ditolak
Jamaluddin juga mengakui mengisi borang keahlian untuk mendaftar sebagai ahli PPBM di sini pada Isnin (14 Mei). - Gambar fail
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang yang juga bekas Exco kerajaan negeri Perak, Jamaluddin Mohd Radzi menerima keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak menolak permohonannya untuk menjadi ahli parti tersebut.
Menurutnya, beliau menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka kerana ia merupakan hak parti berkenaan.
Beliau juga mengakui mengisi borang keahlian untuk mendaftar sebagai ahli PPBM di sini semalam.
"Ya memang saya isi borang mahu menyertai PPBM kerana saya tidak ada parti. Sebagai orang politik, apabila ada platform untuk menjadi ahli sesebuah parti, saya cuba mendaftar.
"Tapi kalau mereka tolak, tak apalah. Saya tiada masalah,
"Saya terima sebab itu hak mereka, itu parti mereka. Saya tiada perasaan marah atau sedih," katanya ketika dihubungi hari ini.
Jamaluddin merupakan salah seorang daripada tiga ADUN pakatan pembangkang yang meninggalkan parti masing-masing dan mengisytiharkan diri sebagai ADUN Bebas pada Februari 2009, mengakibatkan kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak.
Terdahulu hari ini, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu dalam kenyataannya, memaklumkan PPBM menolak permohonan Jamaluddin untuk menyertai parti itu tanpa rundingan.
Menurutnya, keputusan itu diambil berdasarkan prinsip bahawa setiap kemasukan individu ke dalam Pakatan Harapan akan dipertimbang dengan tegas supaya segala episod duka rakyat tidak berulang.
Permohonan Jamaluddin untuk menyertai PPBM dibantah pelbagai pihak, antaranya Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh yang kecewa kerana Jamaluddin merupakan antara individu yang mencetuskan krisis di Perak pada tahun 2009.
Wong berkata, Pakatan Harapan bukan tong sampah untuk menerima dan menjaga mereka yang terbukti tanpa prinsip, maruah dan telah menjual kepercayaan rakyat untuk keuntungan.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Behrang
#daftar ahli
#jamaluddin mohd radzi
#parti
#permohonan
#pilihan raya
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan