awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jamuan Rakyat: Pengunjung ditawar saguhati RM500 adalah palsu

Sinar Harian
Sinar Harian
11/06/2023
06:18 MYT
Jamuan Rakyat: Pengunjung ditawar saguhati RM500 adalah palsu
Banner yang disebarkan di media sosial memaparkan saguhati RM500 kepada semua pengunjung.
SUNGAI BULOH: Perikatan Nasional (PN) Sungai Buloh menafikan menyediakan saguhati RM500 buat pengunjung yang hadir jamuan rakyat di Saujana Utama di sini pada Ahad.
Pengerusinya, Zaharudin Muhammad berkata, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebar maklumat palsu tersebut seperti tular di media sosial sejak Sabtu.
Menurutnya, perkara tersebut disedari lewat malam Sabtu dan pihaknya telah membuat video penafian bagi mengelak kekeliruan kepada orang awam.
"Ini adalah sabotaj yang kaedah ini berniat buruk bagi merosakkan imej PN dan Pas. Ini politik lapuk dan ketinggalan zaman yang boleh menimbulkan suasana tidak harmoni.
 Zaharudin (dua dari kiri) beramah mesra dengan pengunjung yang hadir pada Jamuan Rakyat anjuran PN Sungai Buloh pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Zaharudin (dua dari kiri) beramah mesra dengan pengunjung yang hadir pada Jamuan Rakyat anjuran PN Sungai Buloh pada Ahad. - Foto Sinar Harian
"Kami akan susuli dengan laporan polis terhadap pelaku yang membuat sebaran tersebut menerusi platform Twitter sejurus program ini selesai," katanya kepada Sinar Ahad.
Pada Sabtu tular hebahan berkenaan jamuan rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras memaklumkan pengunjung yang hadir pada program anjuran PN Sungai Buloh itu ditawarkan saguhati RM500 setiap seorang.
Zaharudin berkata, kain pemidang asal program telah diubah suai dengan meletakkan 'RM500 untuk semua yang hadir'.
Bagaimanapun katanya, program berlangsung dengan lancar dan tidak berlaku situasi panik susulan penularan maklumat palsu tersebut.
"Ada juga beberapa pengunjung yang hadir bertanya tentang wang RM500 tersebut tetapi kami jelaskan ia adalah palsu.
"Jamuan ini kami adakan susulan tidak sempat mengadakan jamuan raya disebabkan jadual padat. Jadi kami gantikan dengan kenduri kesyukuran pada hari ini," katanya.
Katanya, dianggarkan 2,000 pengunjung hadir termasuk Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan pempengaruh, DD Chronicle. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jamuan Rakyat
#saguhati RM500
#PN Sungai Buloh
#berita palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan