awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan guna unsur perkauman, sentimen agama semasa berkempen - SPR

Arfa Yunus
Arfa Yunus
21/01/2019
13:05 MYT
Jangan guna unsur perkauman, sentimen agama semasa berkempen - SPR
AZHAR: Kempen yang berunsurkan perkauman adalah kesalahan di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. - Gambar fail
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun memberi amaran bahawa penggunaan unsur perkauman dan sentimen agama merupakan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Katanya dalam satu kenyataan pada Isnin, peringatan itu susulan terdapat laporan wujudnya isu itu dalam perjalanan berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.
"Kempen yang berunsurkan perkauman adalah kesalahan di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Manakala berkempen dengan menyentuh sensitiviti agama adalah pengaruh tidak wajar dan kesalahan di bawah Sesyen 9 akta sama," katanya.
Calon Pakatan Harapan M. Manogaran sebelum ini mendakwa Barisan Nasional dan Pas dalam ceramah kempen di Cameron Highlands telah menggunakan isu perkauman.
Ini susulan kenyataan timbalan presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang antara lain berkata orang Melayu dan Islam diperlekehkan di bawah pentadbiran PH.
Sementara Ketua Pemuda Pas Muhammad Khalil Abdul Hadi pula dalam satu program minggu lepas berkata, menjadi tanggungjawab agama bagi pengundi Islam untuk menolak calon PH pada PRK ini.
Azhar berkata, parti politik dan calon bertanggungjawab memastikan setiap kegiatan kempen tidak menyalahi undang-undang dan menimbulkan kekeliruan kepada pengundi.
"SPR menyeru setiap calon dan parti memberi perhatian sewajarnya terhadap setiap perkara yang dinyatakan dalam aku janji," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Akta Kesalahan Pilihan Raya
#Azhar Azizan Harun
#Barisan Nasional
#Cameron Highlands
#M Manogaran
#Pakatan Harapan
#pilihan raya kecil
#PRK Cameron Highlands
#sentimen agama
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#unsur perkauman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan