MELAKA: Penyokong dan jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai medan ujikaji sepertimana yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
''Kepada BN, penyokong dan juga jentera, kita jangan membuat eskperimen ketika PRN ini dengan memilih orang lain. Kerana nak buat eskperimen, nak tukar kerajaan pada 9 Mei 2018, eksperimen itu terbukti eksperimen yang silap dan salah.
"Sebab itu kita tidak mahu pilihan raya dijadikan ujikaji kerana kos politiknya begitu tinggi kepada rakyat dan negara,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ahmad juga mengingatkan jentera kempen BN menggunakan sebaiknya kebenaran mengadakan mesyuarat dan taklimat sepanjang PRN Melaka untuk memastikan aliran maklumat antara calon dan pengundi berjalan lancar.
Beliau berkata jentera kempen parti jangan menjadikan larangan dan sekatan yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai satu kongkongan hingga tidak dapat melakukan sebarang kerja.
''Kita buat apa yang dibenarkan, boleh adakan mesyuarat dan taklimat. Jadi perbanyakkanlah mesyuarat kerana dia (SPR) tak sebut di mana mesyuarat itu diadakan. Begitu juga taklimat jentera yang dibenarkan. Jadi buatlah taklimat itu pagi, tengahari, petang malam,'' katanya.
Pada masa sama, beliau menasihati jentera kempen BN agar berkempen secara beretika dan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik termasuk membuat fitnah.
UMNO di bawah tiket BN bertanding di 20 buah kerusi pada PRN ini manakala rakan gabungan iaitu MCA (tujuh) dan MIC (satu) daripada kesemua 28 kerusi yang ditawarkan.
SPR menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 13 2021

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mengingatkan penyokong dan jentera BN supaya tidak menjadikan PRN Melaka sebagai medan ujikaji sepertimana yang berlaku pada PRU14. - Gambar fail

AWANI Ringkas: PRU15 | Amanah mahu tanding banyak kerusi

Carilamat | Nelayan dikhuatiri lemas selepas candat sotong
Seorang nelayan warga emas dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh ke dalam laut selepas mencandat sotong di kedudukan empat batu nautika Kuala Chendering pada Isnin.
![[TERKINI] Bomba Perak jumpa separuh tubuh manusia di Gunung Suku, Perak [TERKINI] Bomba Perak jumpa separuh tubuh manusia di Gunung Suku, Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967186/23697343381652681744967_640x360.jpg)
[TERKINI] Bomba Perak jumpa separuh tubuh manusia di Gunung Suku, Perak
Bomba Perak menjumpai separuh tubuh manusia di kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai. Menurut Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, ia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki di kawasan tersebut pada Ahad.

Azmin sebak, hiba sewaktu lawat pusara Haron Din di California
Azmin sebak mengenangkan pertemuan terakhir dengan Allahyarham Haron pada 9 September 2016 di Masjid Al Umm, Bangi.

Fenomena kepala air: Penyelamat jumpa separuh badan mangsa
Separuh tubuh manusia itu dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki pada Ahad.

PRU15 | Amanah Pulau Pinang tanding dua Parlimen, lima DUN
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang, Dr Roslan Ahmad memaklumkan, pihaknya telah memutuskan untuk bertanding di dua kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sukan SEA Hanoi: Mohd Khairi sumbang emas kedua buat silat
Kejayaan itu dilakar Mohd Khairi Adib Azhar yang menundukkan Indonesia.

13 maut, 12 parah dalam kemalangan bas langgar tiang plaza tol
Tragedi berlaku di Kilometer 712400 jalur A Tol Sumo arah Surabaya sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan).

PRU15: UMNO tidak terikat dengan mana-mana pakatan politik
Tegas beliau, 'pemetaan siasah' dan wibawa politik parti itu akan dapat berdiri dengan kekuatannya sendiri.

AWANI Ringkas: 1,058,626 kanak-kanak kini lengkap vaksin

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.

ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.

Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.

PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.

Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

PRN Melaka: BN paling banyak guna retorik kaum, agama - Pusat Komas
Tinjauan Pusat Komas mendedahkan Barisan Nasional (BN) paling banyak menggunakan retorik kaum dan agama dalam meraih undi ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

PRN Melaka: Mahkamah tolak bantahan petisyen Mohamad Ali
Pada PRN Melaka 20 November lalu, kerusi DUN Sungai Udang dimenangi Dr Mohd Aleef dalam pertembungan empat penjuru.

BN tidak ikut acuan PRN Melaka sepenuhnya di Johor - Ahmad Zahid
BN yang akan bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menampilkan calon boleh menang, disukai dan diterima pengundi di kawasan ditandingi pada PRN Johor.