awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan nafikan suara akar umbi - Ketua UMNO Bandar Tun Razak

Sinar Harian
Sinar Harian
04/01/2023
20:20 MYT
Jangan nafikan suara akar umbi - Ketua UMNO Bandar Tun Razak
Sebarang sekatan atau halangan untuk jawatan tertinggi dalam UMNO untuk dipertandingkan, akan menafikan suara dan kemahuan perwakilan akar umbi, kata Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Sebarang sekatan atau halangan untuk jawatan tertinggi dalam UMNO untuk dipertandingkan, akan menafikan suara dan kemahuan perwakilan akar umbi, kata Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar.
Beliau berkata, dalam isu pemilihan presiden dan timbalan presiden, ia patut diserahkan kepada mereka bagi menentukan pemimpin yang dirasakan mampu untuk memulihkan imej UMNO di mata rakyat.
"Ada cadangan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan yang akan datang.
"UMNO seharusnya kembali kepada peraturan dan perlembagan parti yang telah disusun baik berkaitan kaedah dan tempoh masa untuk pemilihan pelbagai jawatan di semua peringkat.
"Membenarkan jawatan presiden dan timbalan presiden dipertandingkan bukan bermakna sudah ada pemimpin yang akan mencabar kedua-dua pemegang jawatan sedia ada, mungkin juga tiada yang ingin mencabar cuma hanya bersifat spekulasi," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Tambah Rizalman, jika ada pihak yang mahu bertanding jawatan presiden, maka ia peluang baik kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membuktikan dirinya mempunyai keabsahan dan sokongan majoriti daripada ahli akar umbi untuk terus menerajui UMNO.
"Seterusnya membolehkan beliau terus melakukan program tranformasi parti dengan mandat yang jelas dan berwibawa daripada ahli akar umbi. Beliau akan menjadi presiden yang telah teruji dan lulus semua ujian dengan cemerlang.
"Justeru, biarkan ahli akar umbi menentukan siapa yang layak memimpin parti. Secara peribadi saya yakin ahli akar umbi sangat matang dalam membuat keputusan dan akan meletakkan kepentingan parti mengatasi kemahuan individu," ujarnya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pemilihan UMNO
#Suara Akar Umbi
#UMNO Bahagian Bandar Tun Razak
#RIZALMAN MOKHTAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan