awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jangan pinggirkan pembangunan luar bandar' - Rohani Karim

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
21/08/2021
11:33 MYT
'Jangan pinggirkan pembangunan luar bandar' - Rohani Karim
Pembangunan juga harus menumpukan kepada mencari kaedah terbaik bagi membolehkan masyarakat luar bandar berupaya menjana pendapatan. FOTO: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pembangunan di luar bandar harus menjadi fokus utama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memastikan masyarakat di kawasan itu tidak ketinggalan dalam aspek pembangunan negara.
Menurut Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, bukan sahaja dalam aspek pembangunan infrastruktur malah mencari kaedah terbaik bagi membolehkan masyarakat luar bandar berupaya menjana pendapatan.
‘’Saya harapkan beliau (Perdana Menteri) jangan lupa dengan kawasan-kawasan luar bandar, jangan lupakan kawasan-kawasan kami kerana banyak lagi yang kami perlukan.
‘’Antaranya dari segi pembangunan infrastruktur, jaringan internet dan pembangunan dari aspek pertanian. Kita memerlukan pasaran yang luas untuk memasarkan hasil tani, bukan sahaja dapat dipasarkan di Sarawak tetapi seluruh Malaysia dan juga negara-negara lain seperti Singapura,’’ ujarnya.
Antara lain, Rohani juga berharap pemimpin wanita turut diketengahkan dalam barisan kabinet baharu yang akan diumumkan kelak.
“Saya hendak melihat kabinet Perdana Menteri juga akan mengetengahkan pemimpin wanita dalam kabinet baharu nanti.
‘’Wanita ini selalunya juga lebih fokus dan mampu memberi dukungan yang baik kepada kepimpinan Perdana Menteri,’’ tambahnya.
PM ke-9 | Membina Malaysia di bawah pentadbiran baharu - Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Terdahulu, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesembilan di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara sekitar jam 2.30 petang, pada Sabtu.
BACA: Ismail Sabri angkat sumpah jawatan PM ke-9 di Istana Negara
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu, disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Perdana Menteri
#Rohani Abdul Karim
#Batang Lupar
#Pembangunan Luar Bandar
#pembangunan Sarawak
#pemimpin wanita Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan