awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan boleh dipikul anak tempatan - Peja

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
07/11/2023
23:30 MYT
Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan boleh dipikul anak tempatan - Peja
AHMAD FAIZAL: Saya berpandangan, jawatan tersebut boleh dipikul oleh anak tempatan. - Gambar fail
IPOH: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan boleh dipikul oleh anak tempatan.
Sehubungan itu, beliau bercadang untuk memaklumkan kepada Pengerusi dan Majlis Tertinggi PN agar dibuat pertukaran jawatan tersebut.
Menurutnya, jawatan tersebut adalah lantikan Pengerusi PN dengan persetujuan Majlis Tertinggi PN.
“Maka, saya bercadang untuk memaklumkan kepada Pengerusi dan Majlis Tertinggi serta mencadangkan agar dibuat pertukaran Pengerusi PN Negeri Sembilan.
“Saya berpandangan, jawatan tersebut boleh dipikul oleh anak tempatan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI malam tadi.
Ahmad Faizal dilantik sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan berkuat kuasa 2 Jun lalu, menggantikan bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Eddin Syazlee Shith yang digugurkan daripada jawatan itu.
Semalam, Timbalan Pengerusi PN Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha menyarankan Ahmad Faizal agar meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan sekiranya tidak lagi berminat untuk menjalankan tugasnya.
Menurutnya, ini kerana bekas Menteri Besar Perak itu dilihat tidak memainkan peranannya sebaik mungkin selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lalu.
"Kalau beliau rasa sudah tidak lagi berminat untuk teruskan tugasnya sebagai Pengerusi PN, sebaiknya serahkan segera kepada tokoh lain yang barangkali lebih sesuai dan dekat dengan Negeri Sembilan.
“Kalau beliau rasa sudah tidak lagi berminat untuk teruskan tugasnya sebagai Pengerusi PN, sebaiknya serahkan segera kepada tokoh lain yang barang kali lebih sesuai dan dekat dengan Negeri Sembilan.
"Lagipun, ketika beliau ambil alih jawatan itu pun memang ada suara-suara yang tidak berpuas hati mempersoalkan kenapa melantik orang luar sedangkan ada saja tokoh dari Bersatu di negeri ini," katanya mengulas dakwaan yang Ahmad Faizal seperti menghilangkan diri selepas PRN.
Beliau yang merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan menyerahkan perkara itu kepada pucuk pimpinan PN, namun berharap ia dapat diselesaikan segera demi menjaga imej gabungan itu di Negeri Sembilan.
Topic Berkaitan
#Pengerusi PN Negeri Sembilan
#Ahmad Faizal Azumu
#Rafiei Mustapha
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan