awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
Wanita pertama ketuai Institusi Hadiah Nobel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eddin Syazlee digugurkan sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan

Sinar Harian
Sinar Harian
01/06/2023
21:50 MYT
Eddin Syazlee digugurkan sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan
Eddin Syazlee Shith. - Gambar fail
SEREMBAN: Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith digugurkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan berkuat kuasa serta-merta.
Perkara berkenaan disahkan oleh Setiausaha PN Negeri Sembilan, Nazree Yunus.
Menurut Nazree, kepimpinan PN Negeri Sembilan turut dimaklumkan mengenai perkara tersebut ketika dalam mesyuarat lewat petang Rabu.
"Kebetulan semalam kami ada mesyuarat dan beliau maklumkan yang kami perlu terus gerak kerja. Itu nasihat daripada dia... selain meminta kami bertenang serta akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti.
"Ya... beliau juga menerima dengan hati yang terbuka berhubung perkara tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Sementara itu, makluman mengenai pengguguran Eddin Syazlee daripada jawatan tersebut tular di aplikasi WhatsApp sejak Khamis.
Berdasarkan mesej tular berkenaan, Eddin Syazlee menjelaskan surat penggugurannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Negeri Sembilan diterimanya melalui WhatsApp.
Katanya, sebagai ahli parti beliau akur dan menerima keputusan tersebut.
"Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat ahli jawatankuasa yang banyak berkorban membantu saya sepanjang saya menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Badan Perhubungan Negeri/Pengerusi Bersatu Negeri.
"...Dan Majlis Tertinggi PN malam tadi telah dimaklumkan mengenai pelantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Negeri Sembilan berkuat kuasa serta merta," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#Eddin Syazlee Shith
#Pengerusi PN Negeri Sembilan
#surat pengguguran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan