awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jentera PH-BN perlu kerja keras tarik sokongan pengundi - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
10/08/2023
10:36 MYT
Jentera PH-BN perlu kerja keras tarik sokongan pengundi - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata pencerahan harus diberikan, khususnya kepada pengundi Melayu bahawa gabungan itu bukan sahaja disebabkan titah Yang di-Pertuan Agong, tetapi juga demi kestabilan politik dan ekonomi. -Gambar Bernama
ISKANDAR PUTERI: Berbaki masa kurang 48 jam, jentera Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) diminta melipatgandakan usaha dalam memberikan penerangan kepada pengundi, tentang kepentingan kerjasama gabungan parti itu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pencerahan harus diberikan, khususnya kepada pengundi Melayu bahawa gabungan itu bukan sahaja disebabkan titah Yang di-Pertuan Agong, tetapi juga demi kestabilan politik dan ekonomi.
"Hasil (kerjasama) kita dapat lihat pada suku pertama tahun ini, pertumbuhan ekonomi Malaysia agak kukuh dengan peningkatan 5.6 peratus, manakala pelaburan pula meningkat sebanyak 60 peratus," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sebuah pusat data di Taman Teknologi Nusajaya, di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor Lee Ting Han.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat peningkatan sokongan orang Melayu terhadap gabungan Kerajaan Perpaduan, sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kali ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#Barisan Nasional
#Pakatan Harapan
#sokongan orang Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan