Jodoh Mukhriz dan Wisma Darul Aman hanya tiga tahun

Nizam Bakeri
Februari 3, 2016 08:32 MYT
Mukhriz (gambar) masih lagi mengekalkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam. -Foto BERNAMA
Tarikh 6 Mei 2013 bukan sahaja bersejarah bagi Barisan Nasional (BN) yang berjaya merebut kembali Kedah dari PAS, bahkan kepada Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-11.
Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), BN menumbangkan PAS dengan majoriti mudah 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Mukhriz dilantik menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Karier politik Mukhriz sepanjang hampir 12 tahun diwarnai pelbagai jatuh bangun sehinggalah beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, hari ini.
BACA: Krisis MB Kedah: 17 ADUN BN adakan pertemuan tergempar
BACA: 13 daripada 15 ADUN pembangkang menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah
VIDEO: Selesaikan krisis Kedah melalui proses demokrasi
Julai 2004
Mukhriz gagal merebut jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu. Kemunculan ini dianggap lewat kerana Mukhriz hanya terjun ke arena politik selepas persaraan bapanya yang melarang ahli keluarga berkecimpung dalam politik selagi beliau masih bergelar perdana menteri.
September 2004
Mukhriz terus mendaki tangga politik selepas memenangi undi tertinggi bagi jawatan Exco Pemuda UMNO.
Mac 2008
Beliau mula menggalas amanah sebagai wakil rakyat apabila berjaya menewaskan calon PAS Idris Ahmad bagi kerusi Parlimen Jerlun dalam PRU12.
BACA: Isu MB Kedah: Tindakan Jemaah Diraja memanggil semua ADUN wajar - Guan Eng
BACA: Tiada keputusan dibuat - Datuk Seri Ahmad Bashah
Mac 2009
Dalam persaingan tiga penjuru merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO, Mukhriz ditewaskan oleh Khairy Jamaluddin.
April 2009
Kejayaan dalam PRU12 membawa kepada pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Mei 2013
Mukhriz bertanding di DUN Ayer Hitam dan berjaya menumbangkan calon PAS Abd Ghani Ahmad dengan majoriti 2,446 undi.
Oktober 2013
Mukhriz gagal memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dalam sesi pemilihan yang ketika itu dimenangi oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Para pemerhati politik dan masyarakat umum masih menanti hala tuju politik Mukhriz selepas ini yang telah menolak tawaran untuk menjadi timbalan menteri selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.
BACA: Ahmad Bashah diumum Menteri Besar Kedah yang baharu
BACA: Kronologi krisis Menteri Besar Kedah
#karier politik Mukhriz Mahathir #Menteri Besar Kedah baharu #Mukhriz letak jawatan Menteri Besar Kedah