Johari Abdul speaker Dewan Rakyat baharu?

Hafiz Marzukhi
Julai 10, 2018 11:00 MYT
Johari: 'Belum, tiada apa-apa lagi'. - Foto Sinar Harian
Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul belum menerima apa-apa surat atau pengesahan berhubung lantikannya sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu.
'Belum. Tidak ada apa-apa lagi," jawab beliau ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.
Johari memberi respon susulan laporan media memetik sumber bahawa beliau telah dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat.
Pada Selasa, Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengesahkan bahawa pimpinan parti sudah memilih seorang calon dalam mesyuarat pada Isnin malam.
BACA: Calon speaker Dewan Rakyat sudah ditetapkan
Johari merupakan Ahli Parlimen Sungai Petani selama tiga penggal bermula tahun 2008 dan merupakan Ketua Whip PKR di Dewan Rakyat.
Beliau merupakan pemegang Sarjana dalam Kajian Strategik dari Universiti Lancaster.
Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-16 bakal bermula pada Isnin.
#Dewan Rakyat #Dr Wan Azizah Wan Ismail #Johari Abdul #Mahathir Mohamad #Pakatan Harapan #PKR #Speaker