awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johari tolak spekulasi bakal calon PM ke-11

Sinar Harian
Sinar Harian
17/07/2025
06:20 MYT
Johari tolak spekulasi bakal calon PM ke-11
Johari menegaskan, Kerajaan Perpaduan yang diterajui Anwar masih stabil dan tidak perlu diganggu oleh mana-mana pihak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menepis spekulasi kononnya beliau bakal menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-11.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Johari Abdul Ghani menepis spekulasi bahawa beliau akan menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, dengan menegaskan Kerajaan Perpaduan masih stabil dan tidak perlu diganggu.
  • Johari menyatakan sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri belum mencukupi kerana UMNO hanya mempunyai 26 kerusi Parlimen, dan menyeru agar ketidakpuasan hati disalurkan melalui pilihan raya akan datang.
  • Beliau mengulas isu tersebut selepas menghadiri pertemuan bersama peniaga dan penduduk berhubung cadangan perobohan gerai di Desa Pandan, sementara desas-desus mengenai perubahan kepimpinan negara terus diperkatakan.

Johari menegaskan, Kerajaan Perpaduan yang diterajui Anwar masih stabil dan tidak perlu diganggu oleh mana-mana pihak.
"Saya nak beritahu, Kerajaan Perpaduan ini aman damai dan jangan ganggu gugat.
"Kalau tak puas hati, tunggu pilihan raya akan datang,” katanya ketika mengulas desas-desus panas yang mengaitkan namanya dengan jawatan tertinggi negara itu.
Terdahulu beliau mengadakan pertemuan bersama peniaga dan penduduk berhubung isu cadangan perobohan beberapa unit gerai Blok E 16, Jalan 2/76 Desa Pandan di sini pada Khamis.
Ditanya mengenai kemungkinan terdapat sokongan daripada Ahli Parlimen terutama daripada UMNO terhadap beliau sebagai Perdana Menteri, Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi memaklumkan sokongan itu masih belum mencukupi.
"UMNO ada hanya 26 kerusi (Parlimen) sahaja," jawabnya ringkas.
Desas-desus mengenai perubahan kepimpinan negara semakin hangat diperkatakan susulan ketidakpuasan hati beberapa pemimpin politik.
Nama Johari dikaitkan dalam kalangan pemerhati politik apabila disebut-sebut sebagai calon yang berpotensi menerajui Putrajaya jika berlaku peralihan kuasa. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#JOHARI ABDUL GHANI
#Calon PM
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan