awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih RM600,000 dibelanjakan bagi pendidikan di Parlimen Hang Tuah
Ngauman harimau di Proton CIty, Perhilitan hantar petugas untuk pantau
Agong berkenan tandatangan Akta Antibuli 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kalau esok PM bubar Parlimen, kita sedia masuk gelanggang'

Sinar Harian
Sinar Harian
27/08/2022
05:56 MYT
'Kalau esok PM bubar Parlimen, kita sedia masuk gelanggang'
Perikatan Nasional (PN) kini bersedia sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka bila-bila, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar SINAR HARIAN
SERDANG: Perikatan Nasional (PN) kini bersedia sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka bila-bila.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, adalah menjadi asas penubuhan sesebuah parti politik untuk menyertai pilihan raya dan membentuk kerajaan.
Bagaimanapun katanya, mengikut ‘perjanjian’ yang ditandatanganinya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PN perlu dimaklumkan terlebih dahulu sekiranya pemimpin nombor satu negara itu ingin menentukan tarikh pilihan raya.
Ini kerana katanya, sebagai sebuah parti yang menganggotai gabungan kerajaan yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Bera itu, PN juga perlu perlu dilibatkan dalam rundingan penting tersebut.
“Kita tahu bahawa PRU15 akan diadakan selewat-lewatnya pada tahun hadapan, walaupun kita dengar ura-ura berkemungkinan ianya diadakan dalam masa terdekat. Semasa kita berhimpun di sini, pihak di sebelah sana (UMNO) juga berhimpun. Dengar katanya nak desak Perdana Menteri (Ismail Sabri) supaya bubar Parlimen lebih awal.
“Jadi kalau esok Perdana Menteri menghadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk mohon perkenan bagi membubarkan Parlimen, kita anak jantan sedia masuk gelanggang,” katanya ketika berucap dalam merasmikan Konvensyen PN 2022 dan Sambutan Ulang Tahun PN Kedua di sini pada Sabtu.
Hadir sama, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yang Teck Lee; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan serta kepimpinan yang lain.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#bubar parlimen
#ismail sabri yaakob
#Muhyiddin Yassin
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan