POLITIK
Kalau Ikmal sudi masuk Bersatu, saya ucapkan selamat datang - Maszlee

Menurut Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, beliau mengagumi Ikmal sebagai seorang pemimpin yang prihatin dengan kebajikan dan pendidikan rakyat. - fotoBERNAMA
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengalu-alukan Ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sekiranya khabar mengenai perkara itu benar.
Menurut Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, beliau mengagumi Ikmal sebagai seorang pemimpin yang prihatin dengan kebajikan dan pendidikan rakyat.
"Ikmal memang saya kenali di Dewan Rakyat baru baru ini, kalau kualiti seperti beliau saya ucapkan selamat datang jika beliau sudi masuk Bersatu.
"Dia seorang yang prihatin dengan kebajikan dan pendidikan rakyat, kalau beliau masuk Bersatu, bagi saya beliau antara pemimpin yang berkualiti," katanya.
Beliau ditemui selepas majlis penyampaian Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan: Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif 2018 (AKRI 2018) di Pusat Konvensyen Movenpick KLIA pada Jumaat.
Selain beliau, turut keluar adalah Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, Ahli Parlimen Mersing, Datuk Abdul Latiff Ahmad, Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya dan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami