Skip to main content

Politik

KDM bukan parti komponen GRS - Armizan

KOTA BHARU, 5 April -- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali ketika bercakap pada sidang media selepas sesi taklimat penguatkuasaan Ops Tiris 4.0 (bersepadu) dan Akta Kawalan Bekalan 1961 kepada Pemborong Barangan Kawalan dan Pengusaha Stesen Minyak Negeri Kelantan di sini hari ini.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Armizan Mohd Ali berkata, selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada November tahun lalu, KDM menerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tunggalnya memberikan sokongan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bukan parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada November tahun lalu, KDM menerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tunggalnya memberikan sokongan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. 

Menurutnya, keputusan itu menjadikan KDM sebahagian daripada kerajaan negeri Sabah. 

“Susulan pengumuman Presiden KDM, saya menghubungi ADUN Paginatan, Datuk Rusdin Riman yang juga satu-satunya ADUN daripada KDM.

"Beliau memaklumkan komitmennya adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat yang diwakilinya selain memastikan kestabilan kerajaan negeri bagi meneruskan agenda pembangunan untuk rakyat," katanya dalam hantaran di Facebook, di sini pada Sabtu.

Armizan berkata, Rusdin juga hadir dalam satu acara membabitkan ADUN kerajaan pada pagi Sabtu di Kota Kinabalu.

Media sebelum ini melaporkan Presiden KDM, Priscella Peter mengumumkan parti itu memutuskan untuk bergerak di luar kerajaan GRS sebagai persiapan menghadapi PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Keputusan itu dibuat sebulat suara dengan mengambil kira kepentingan parti serta usaha mendapatkan semula kepercayaan rakyat di peringkat akar umbi.

Must Watch Video

Advertisement