awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keabsahan kerajaan negeri Johor dijelaskan hari akhir sidang DUN - MB

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
12/08/2021
05:37 MYT
Keabsahan kerajaan negeri Johor dijelaskan hari akhir sidang DUN - MB
Keabsahan kerajaan negeri akan dibuat Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad ketika ucapan penggulungannya pada hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor. - Gambar fail BERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Keabsahan kerajaan negeri akan dibuat Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad ketika ucapan penggulungannya pada hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
Ucapan penggulungan itu kelak juga akan menjelaskan dan pendirian UMNO Johor berhubung sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hasni turut optimis dan yakin, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu faham dan tidak akan menyentuh atau membahaskan isu panas.
"(Saya) yakin dan percaya wakil rakyat faham dan tidak akan sentuh perkara perbahasan yang panas, sebaliknya (memberi) tumpuan pada usaha menguruskan COVID-19 dan negeri.
“Saya berpendapat bahawa persoalan dengan keabsahan PM dri sudut saya sebagai ketua kerajaan perkara itu akan dijelaskan melalui dewan… ia akan dibuat semasa ucapan penggulungan.
“Sebagai seorang pemimpin perlu ada pendirian dan perlu nyatakan pendirian dengan jelas. Saya percaya jika kita letakkan kepentingan rakyat kita tidak akan hadapi kesukaran," kata Hasni.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Ke-4 DUN Johor, di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, hari ini.
BACA: 'Jangan cemar Dewan saya dengan perangai buruk' - Sultan Johor
BACA: Isu keabsahan Hasni dijangka jadi tumpuan sidang DUN Johor - Osman
Pendirian itu dibuat selepas mendapat desakan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor susulan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menarik sokongan kepada kerajaan PN dan PM pada 3 Ogos lalu.
Topic Berkaitan
#Johor
#Menteri Besar
#keabsahan kerajaan negeri
#Hasni Mohammad
#Dewan Undangan Negeri
#DUN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan