awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedudukan Annuar dalam UMNO: Terpulang kepada presiden: Ku Nan

Bernama
Bernama
31/01/2017
10:25 MYT
Kedudukan Annuar dalam UMNO: Terpulang kepada presiden: Ku Nan
KU NAN: Kedudukan Tan Sri Annuar Musa selaku Ketua Penerangan UMNO selepas penggantungannya sebagai MARA terserah kepada keputusan presiden parti. - Gambar fail
Kedudukan Tan Sri Annuar Musa selaku Ketua Penerangan UMNO selepas penggantungannya sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) terserah kepada keputusan presiden parti.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata jawatan Annuar itu adalah lantikan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Jawatan beliau dalam UMNO dilantik presiden dan penggantungan Tan Sri Annuar adalah dalam agensi kerajaan.
"Tidak berbangkit jawatannya dalam UMNO, tetapi ia terpulang kepada pandangan presiden," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
MARA hari ini menggantung tugas Anggota Parlimen Ketereh sebagai pengerusi agensi itu dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan sebulat suara itu dicapai dalam satu mesyuarat khas yang dipengerusikan Ahli Majlis MARA Datuk Dr Yusof Yacob di ibu pejabat agensi itu di sini.
Ia membolehkan audit dalaman MARA menyiasat beberapa perkara mengenai agensi tersebut termasuk penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW).
Tengku Adnan berkata penggantungan itu juga sebagai prosedur siasatan dan belum terbukti Annuar melakukan kesalahan.
"Sebagai Ketua Penerangan UMNO, beliau bekerja dengan kuat dan melaksanakan tugas dengan baik, tidak ada masalah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Penerangan UMNO
#MARA
#PMB
#Tan Sri Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan