awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kelantan dapat banyak walaupun sumbangannya sedikit' - Zahid

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
24/02/2018
12:44 MYT
'Kelantan dapat banyak walaupun sumbangannya sedikit' - Zahid
Kata Ahmad Zahid, pemberian dan jasa baik Kerajaan Pusat terhadap Kelantan seharusnya dibalas dengan rasa syukur dan berterima kasih. - BERNAMA/Fail
Walaupun Kelantan menyumbangkan hasil yang sedikit kepada Kerajaan Persekutuan, namun negeri yang diperintah Pas selama 28 tahun ini tidak pernah diabaikan dari segi pembangunan dan pembiayaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kelantan tidak diabaikan kerana ia menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan membantu rakyat Kelantan.
Walaupun ada tuduhan mengatakan peruntukkan yang disalurkan ke Kelantan kurang berbanding negeri lain, namun hakikatnya Kelantan dibela walaupun jumlah hasil yang disumbangkan kepada Kerajaan Pusat sedikit berbanding peruntukan yang disalurkan untuk Kelantan.
Menurut Ahmad Zahid lagi, selama mana Kelantan diperintah oleh Pas, Barisan Nasional (BN) menerimanya dengan lapang dada dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya untuk negeri itu.
Pemberian dan jasa baik Kerajaan Pusat terhadap Kelantan seharusnya dibalas dengan rasa syukur dan berterima kasih, katanya.
Tegasnya, angin perubahan sudah mulai dirasai di Kelantan dan sudah tiba masanya rakyat Kelantan membuat pilihan menzahirkan terima kasih melalui sokongan kepada BN pada pilihan raya kali ini.
"Cukuplah Allah dah bagi masa kepada Pas selama 28 tahun memerintah Kelantan, rasanya dah sampai masa angin perubahan," katanya ketika berucap di Majlis Sepetang Bersama Pemimpin di Tendong petang tadi yang dihadiri lebih lima ribu rakyat Pasir Mas.
Di majlis tersebut, Timbalan Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan baik pulih dan pembinaan rumah dan masjid serta sumbangan kepada golongan ibu tunggal dan fakir miskin dalam kawasan parlimen Pasir Mas.
Topic Berkaitan
#Kelantan
#Kerajaan Kelantan
#kerajaan Persekutuan
#kerajaan pusat
#peruntukan kerajaan
#pilihan raya umum
#PRU14
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan