awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluar parti: Veteran ingatkan UMNO tidak perlu susui kera di hutan

Bernama
Bernama
03/10/2016
06:29 MYT
Keluar parti: Veteran ingatkan UMNO tidak perlu susui kera di hutan
Bekas Senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor membuat keputusan keluar daripada UMNO pada Ahad demi mempertahankan prinsip perjuangannya yang ingin membawa perubahan terhadap negara. - fotoBERNAMA / Fail
UMNO diingatkan agar tidak terus mengangkat dan memberi peluang kepada individu yang kembali kepada parti setelah memburuk-burukkan parti dan kepimpinan ketika di luar UMNO.
Setiausaha Veteran UMNO Malaysia Datuk Mustapha Yaakub berkata banyak peluang diberikan kepada golongan itu, termasuk tempat, habuan dan pangkat.
"Tindakan itu sekaligus menafikan tokoh-tokoh yang setia kepada UMNO yang juga berkelayakan. Cukuplah dengan tindakan membalas budi yang boleh merugikan parti seperti itu.
"Susuilah anak yang di pangkuan dahulu. Mereka lebih berhak untuk mendapat kasih sayang daripada kera di hutan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Mustapa juga menegaskan bahawa UMNO tidak menanggung sebarang kerugian jika ada anggota yang memutuskan untuk keluar daripada parti itu.
Semalam, bekas Senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor membuat keputusan keluar daripada UMNO demi mempertahankan prinsip perjuangannya yang ingin membawa perubahan terhadap negara ini.
"Kalau Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) boleh dipecat dan Naib Presiden (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) boleh keluar UMNO, maka siapa sangat (Mohamad) Ezam yang perlu dirasai kehilangannya?.
"Biarlah dia keluar. Malah lagi ramai orang seperti (Mohamad) Ezam yang keluar UMNO lebih baik," kata Mustapha.
Beliau berkata UMNO lebih selamat dengan keluarnya 'golongan parasit yang menjadi duri dalam daging dalam parti', kerana berdasarkan pemerhatian Veteran UMNO, jelas bahawa tindakan mereka yang keluar parti bukan kerana prinsip perjuangan tetapi prinsip peribadi. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Mustapha Yaakub
#keluar parti
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan