'Lebih ramai akan bertindak keluar daripada parti pemerintah kerajaan negeri dalam tempoh terdekat ini.'
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk James Ratib berkata, pihaknya menjangkakan lebih ramai akan keluar mengikut jejak langkahnya dalam tempoh sehari dua ini.
Sebelum itu tengah hari tadi bertempat di Jalan Lintas, Penampang, James bersama rakannya, Datuk Limus Juri (ADUN Kuala Penyu) dari parti UPKO mengumumkan keluar parti dan seterusnya menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
"Saya yakin dalam masa satu atau dua tiga hari ini, akan lebih ramai akan menyusul.
"Kami bersama YB Limus, daripada parti UPKO yang memulakan gendang dipalu," katanya.
Dalam sidang media berkenaan, James dan Limus turut mendedahkan antara alasan mereka bertindak demikian adalah disebabkan tidak sehaluan dengan kerajaan negeri.
Bahkan, James dalam sidang media yang sama turut memaklumkan kesediaan mereka untuk menerima semula kepimpinan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, sebagai peneraju kerajaan negeri ini semula.
"Ya, kalau Tan Sri Musa mendapat sokongan, daripada kalangan semua YB (Yang Berhormat) , why not? kita kena follow, sebab kita mahu kerajaan yang memerintah, kita tidak mahu pembangkang sebenarnya," katanya.
Sementara itu, dalam sidang media sama juga, Limus turut memaklumkan bahawa pihaknya amat berterima kasih terhadap pucuk pimpinan UPKO dan kerajaan negeri dibawah Parti Warisan Sabah (Warisan) yang memberi peluang kepadanya memberikan perkhidmatan selaku wakil rakyat di Kuala Penyu sebelum ini.
Ruzaini Zulkepli
Mon Jun 15 2020

James bersama rakannya, Datuk Limus Juri (ADUN Kuala Penyu) dari parti UPKO mengumumkan keluar parti dan seterusnya menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN). - Foto Astro AWANI

Memahami Alzheimer dan diagnosis awal
Hari Alzheimer Sedunia pada 21 Sept setiap tahun memberi peluang kepada orang ramai memahami penyakit Alzheimer dengan lebih mendalam.

Asia Tenggara muncul sebagai rantau perpaduan dan kerjasama - PM Vietnam
Vietnam komited bekerjasama dengan negara di rantau ini untuk menjaga keamanan, keselamatan dan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan.

Malaysia bebas penyakit kuda Afrika - DVS
Perkara itu dimaklumkan WOAH menerusi surat yang dihantar kepada DVS.
Saingan tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan menyaksikan saingan tiga penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), dan seorang calon Bebas.

Biden umum penubuhan pejabat cegah keganasan senjata api
Pejabat baharu itu diwujudkan melalui perintah eksekutif yang bertujuan mempercepat pelaksanaan Bipartisan Safer Communities Act.
Tapak pengkebumian berusia 800 tahun ditemui di Peru
Penemuan itu ditemui sewaktu pekerja dari syarikat gas Calidda sedang melakukan penggallian di Carabayllo.
PM Anwar sampaikan khutbah Jumaat di ICCNY New York
Anwar yang berada di sini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, adalah pemimpin asing pertama diberi penghormatan menyampaikan khutbah di pusat itu, yang merupakan masjid pertama dibuka di bandar raya New York.

PRK Pelangai: Saingan tiga penjuru antara BN, PN, bekas ahli UMNO
Senarai rasmi calon-calon diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail.
[TERKINI] Pengumuman calon bertanding di PRK DUN Pelangai
Ikuti pengumuman calon bertanding di PRK DUN Pelangai oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail.
UNGA ke-78: Malaysia kutuk tindakan pencerobohan Rusia di Ukraine
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencari penyelesaian konflik antara Rusia dan Ukraine.Jelas Anwar, konflik yang berterusan tanpa sebarang rundingan aman diantara dua buah negara itu membawa kepada krisis makanan dunia.

ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.

40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.

40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.

PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.

PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.

DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.

Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.

Razman dicabar buktikan ada gerakan mahu tumbang kerajaan negeri Perak - Arafat
Naib Pengerusi PKR Perak, Muhamad Arafat Varisai Mahamad mencabar Pesuruhjaya Pas Perak untuk membuktikan dakwaan ada beberapa ADUN kerajaan berjumpanya berhubung gerakan menumbangkan kerajaan negeri.

Isu peruntukan pembangkang hangatkan sidang DUN Pahang
Isu pemberian peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang menghangatkan persidangan DUN Pahang hari ini, apabila beberapa wakil pembangkang dan kerajaan saling mempertahankan pendapat mereka.