awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemelut Pakatan Harapan dengan Pas akan berlarutan sehingga PRU14 - Penganalisis

Bernama
Bernama
27/11/2015
04:51 MYT
Kemelut Pakatan Harapan dengan Pas akan berlarutan sehingga PRU14 - Penganalisis
Pada 17 Jun lepas, Pakatan Rakyat mengumumkan bahawa gabungan pembangkang itu tidak lagi wujud selepas PAS memutuskan hubungan dengannya dan DAP mengumumkan bahawa pakatan berusia tujuh tahun itu telah berakhir. - Gambar Fail
Seorang penganalisis politik berkata kemelut antara Pas dan Pakatan Harapan - pakatan pembangkang yang baharu terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) iaitu kumpulan serpihan Pas, akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Berdasarkan situasi sekarang, adalah jelas bahawa perbalahan antara pakatan pembangkang akan berlarutan sehingga pilihan raya umum ke-14," kata Pensyarah Sains Politik, Universiti Utara Malaysia (UUM), Faisol Keling.
"Pertembungan kepentingan berlaku antara DAP, PKR, Amanah dan Pas dengan setiap parti memperjuangkan agenda politik masing-masing," katanya.
Bercakap kepada Bernama, Faisol berpendapat bahawa tidak ada perpaduan untuk mereka membuat keputusan yang menyebabkan perbalahan tanpa berkesudahan antara Pakatan Harapan dan Pas.
Ketika ditanya sama ada pertandingan tiga penjuru pasti akan berlaku, Faisol meramalkan tentang kemungkinan itu.
Kemungkinan ini diramalkan meskipun Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dilaporkan berkata pertembungan tiga penjuru tidak akan berlaku kerana Pakatan Harapan yang baru ditubuhkan akan memastikan pertandingan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN).
"Kedudukan PAS sebagai sebuah parti politik tidak kuat dan DAP akan bertanding di semua kerusi PAS, oleh itu PAS perlu mempertahankan kerusinya dan itu bukan mudah bagi Pas yang kini bertanding secara bersendirian," katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali secara terbuka menolak desakan daripada DAP untuk menyingkirkan Pas daripada kerajaan negeri.
Justeru, Faisol ketika ditanya mengenai perkara itu menegaskan bahawa kedudukan PAS sudahpun lemah dan kelangsungan hidupnya boleh dipersoalkan pada masa ini.
Pada 17 Jun lepas, Pakatan Rakyat mengumumkan bahawa gabungan pembangkang itu tidak lagi wujud selepas PAS memutuskan hubungan dengannya dan DAP mengumumkan bahawa pakatan berusia tujuh tahun itu telah berakhir.
Topic Berkaitan
#DAP
#Faisol Keling
#Mohamed Azmin Ali
#PAS
#UUM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan