awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemenangan ini untuk rakyat Malaysia - Saifuddin Nasution

Zaim Ibrahim
Zaim Ibrahim
11/05/2018
11:07 MYT
Kemenangan ini untuk rakyat Malaysia - Saifuddin Nasution
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution memenagi kerusi DUN Pantai Jerejak di Pulau Pinang dengan majoriti 10716.- Astro AWANI
Kemenangan kem Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bukan sekadar kemenangan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) malah kemenangan rakyat Malaysia.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kemenangan itu ternyata menggembirakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Bagi gerakan reformasi, kita menunggu saat ini selama 20 tahun.
“Tetapi bagi rakyat Malaysia, saat ini ditunggu-tunggu selama 60 tahun selepas negara ditadbir oleh Barisan Nasional (BN),” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak itu diketika ditemui pemberita di perkarangan Hospital Rehabilitasi Cheras, hari ini.
BACA: 'Tidak sia-sia, perjuangan 20 tahun yang berbaloi' - Wan Azizah
Beliau turut menjelaskan, Anwar sering mengambil berat tentang masalah dan perjalanan partinya bagi memastikan kemenangan pada PRU14.
BACA: Anwar tidak dibebaskan hari ini, 'it's just a matter of time' - Nurul Izzah
Sementara itu, tambah beliau, partinya akan meletakkan calon terbaik bagi jawatan menteri dalam Kabinet sebagaimana harapan yang tinggi diletakkan oleh rakyat.
Saifuddin Nasution, memenangi kerusi DUN Pantai Jerejak di Pulau Pinang mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Oh Tong Keong, calon Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Mohd Farhan Yusri, dan calon Parti Bersama Malaysia (PBM), Yim Boon Leong dengan majoriti 10716.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#demokrasi
#MalaysiaMemilih
#Pakatan Harapan
#Pantai Jerejak
#PAS
#PRU14
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan