awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kena bincang dalam Kabinet tarikh pembubaran Parlimen - Takiyuddin

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
01/10/2022
04:15 MYT
Kena bincang dalam Kabinet tarikh pembubaran Parlimen - Takiyuddin
Takiyuddin menjelaskan, Kabinet sebelum ini tidak pernah membincangkan soal tarikh, kesesuaian dan perkara lain berhubung PRU15. - Foto fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu berbincang terlebih dahulu dalam Kabinet berhubung pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.
Setiausaha Agong Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata jemaah menteri boleh memberikan pandangan berhubung perkara tersebut sebelum Perdana Menteri membawa cadangan itu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan.
"Perdana Menteri kena bawa ke Kabinet, biar Kabinet putuskan.
"Jemaah menteri akan tentukan dan Perdana Menteri akan menasihati Agong untuk membubarkan (Parlimen) atau tidak," katanya ketika ditemui di program Cakna Rakyat DUN Tanjung Mas, di sini, pagi tadi.
Takiyuddin menjelaskan, Kabinet sebelum ini tidak pernah membincangkan soal tarikh, kesesuaian dan perkara lain berhubung PRU15.
Pas, katanya, akur dengan segala keputusan asalkan iaberlandaskan perlembagaan dan peraturan.
Bagaimana pun, tegas Takiyuddin, sekiranya PRU15 dilangsungkan tahun ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai Pas di Terengganu, Kedah dan Kelantan tidak akan dibubarkan.
"Dalam Kabinet tak pernah bincang soal tarikh, kesesuaian tarikh dan sebagainya.
"Kita Pas juga tidak akan membubarkan DUN di negeri negeri yang kita kuasai, itu jelas," katanya.
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam bersetuju untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, berdasarkan keputusan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.
BACA: MKT UMNO mahu Parlimen dibubarkan tahun ini - Ahmad Maslan
Takiyuddin menambah, Pas bersedia dengan apa jua kemungkinan sama ada Pilihanraya akan diadakan pada tahun ini atau pun tahun hadapan.
Penggal DUN di Kelantan, Terengganu dan juga Kedah berakhir antara Mei dan Julai tahun hadapan.
Topic Berkaitan
#Takiyuddin Hassan
#PAS
#PRU15
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan