awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenapa projek besar KASA diberikan secara rundingan terus? - Soal Rafizi kepada Tuan Ibrahim

Astro Awani
Astro Awani
16/11/2022
07:11 MYT
Kenapa projek besar KASA diberikan secara rundingan terus? - Soal Rafizi kepada Tuan Ibrahim
Mohd Rafizi Ramli menggesa Tuan Ibrahim Tuan Man jelaskan persoalan-persoalan yang dikemukakan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man diminta menjelaskan kenapa projek-projek besar kementerian itu diberikan secara runding terus kepada sebuah syarikat sahaja.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli mendakwa terdapat projek yang diberikan kepada syarikat tersebut dibuat selepas Parlimen dibubarkan dan melanggar prosedur perolehan kerajaan dan undang-undang.
Mohd Rafizi mendakwa sehingga kini, Tuan Ibrahim dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan.
"Soalan-soalan utama yang belum dijawab antaranya, kelulusan-kelulusan projek bernilai berbilion ringgit dipercepatkan supaya kerajaan baharu terpaksa mewarisi projek-projek yang dirunding terus pada harga yang lebih tinggi.
"Kedua, bahawa projek-projek besar infrastruktur negara diberikan kepada hanya satu syarikat hingga syarikat lain diketepikan, sedangkan rekod pelaksanaan projek setakat ini menunjukkan ada projek-projek yang bermasalah.
"Ketiga, bahawa ada projek yang kelulusannya melanggar prosedur perolehan kerajaan dan undang-undang," dakwanya pada sidang media khas pada Rabu.
Selain itu, Mohd Rafizi juga menggesa Tuan Ibrahim agar memberikan jawapan jelas kenapa projek-projek yang berjumlah hampir RM5 bilion diberikan kepada satu syarikat sahaja.
"Monopoli projek-projek besar oleh satu syarikat menyebabkan kerajaan tidak mendapat harga yang terbaik berbanding jika diadakan secara tender terbuka.
"Anggaran penjawat-penjawat awam yang memberikan maklumat ini menyebut kos sebenar boleh dijimatkan sebanyak 30 peratus iaitu sebanyak RM150 juta.
"Apa kepentingan dan hubungan istimewa di antara Tuan Ibrahim Tuan Man dan Tengku Zafrul Abdul Aziz sehingga syarikat yang bermasalah ini diberikan layanan yang begitu istimewa?" soalnya.
Isu pemberian projek secara runding terus bernilai RM5 bilion oleh Kasa telah dibongkarkan oleh Rafizi sejak seminggu yang lalu.
Akibat pendedahan yang dibuat ini, Tuan Ibrahim telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Mohd Rafizi.
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#KASA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan