awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan Anwar letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
17/12/2020
14:52 MYT
Kenyataan Anwar letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Perkara itu disahkan palsu oleh Pengarah Komunikasi Strategik PKR Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil pada Khamis malam.
KUALA LUMPUR:Tular di media sosial kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya melepaskan jawatan tersebut susulan kegagalan menolak Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Namun, perkara itu disahkan palsu oleh Pengarah Komunikasi Strategik PKR Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil pada Khamis malam.
Kenyataan palsu itu turut mendakwa Anwar menggesa agar anggota parti dan rakyat Malaysia menghormati keputusan tersebut.
Terdahulu, Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dijadualkan berlangsung petang tadi di Parlimen dibatalkan pada saat akhir.
BACA: Majlis Presiden Pakatan Harapan batal mesyuarat hari ini
Mesyuarat itu sepatutnya diadakan selepas pembangkang gagal menyekat Belanjawan 2021 pada bacaan kali ketiga di Dewan Rakyat pada Selasa.
Pada masa sama, dua pemimpin utama PH mencadangkan agar gabungan itu membuat satu anjakan politik untuk menyatukan seluruh blok pembangkang.
BACA: Pembangkang harus bersatu, berhenti kejar bayang-bayang, kata Guan Eng dan Mat Sabu
BACA: Pakatan Harapan perlu bergerak bersama 108 Ahli Parlimen pembangkang - Salahuddin
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan bersama menegaskan, sudah tiba masanya untuk seluruh blok pembangkang bersatu demi membina kekuatan bersama yang ada atas landasan perjuangan bersama.
Sementara Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Xavier Jayakumar memaklumkan tiada masalah dalam PH.
BACA: Tiada masalah dalam PH, tidak timbul isu desak Anwar letak jawatan - Xavier
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Lim Guan Eng
#Mohamad Sabu
#PKR
#DAP
#Pakatan Harapan
#Parti Keadilan Rakyat
#Parti Amanah Negara
#Dewan Rakyat
#letak jawatan
#Ketua Pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan