awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan Azmin terhadap Zahid tidak benar

Sinar Harian
Sinar Harian
26/10/2021
04:54 MYT
Kenyataan Azmin terhadap Zahid tidak benar
Azmin dilaporkan berkata, meskipun Ahmad Zahid sebelum ini menegaskan bahawa tidak akan bekerjasama dengan Bersatu, namun akar umbi UMNO jelasnya mahukan sebaliknya.
SHAH ALAM: Kenyataan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan penolakan (kerjasama) yang dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini hanyalah suara peribadi pemimpin tersebut adalah tidak benar.
Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, kenyataan Presiden UMNO adalah cerminan ketetapan perwakilan secara sebulat suara di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada 28 Mac 2021 yang jelas tidak mahu sebarang kerjasama politik diadakan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pilihan raya akan datang.
Beliau berkata, kenyataan Mohamed Azmin seperti tidak menghormati hal ehwal dalaman dan semata-mata melancarkan perang psikologi bagai ‘mencurah minyak atas bara api’ dan berusaha melaga-lagakan supaya dilihat berpecah belah.
“Asas penolakan akar umbi kepada Bersatu adalah jelas bahawa UMNO di semua peringkat tidak dapat menerima untuk bekerjasama dengan pihak yang mengkhianati perjuangan dan berterusan melakukan usaha untuk melemahkan parti yang sekian lama menjadi tunjang perjuangan umat Melayu Islam.

“Bagaimanapun Pergerakan Pemuda UMNO akan akur dengan sebarang keputusan parti jika ada sebarang perubahan dasar untuk mengadakan kerjasama politik dengan sesiapa sahaja,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Pada Ahad, Mohamed Azmin menegaskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu membuat keputusan sama ada mahu bekerjasama dengan gabungan itu atau sebaliknya.
Azmin dilaporkan berkata, meskipun Ahmad Zahid sebelum ini menegaskan bahawa tidak akan bekerjasama dengan Bersatu, namun akar umbi UMNO jelasnya mahukan sebaliknya.
Begitupun Syed Mohd Johan Rizal berkata, sebagaimana peruntukan Perlembagaan UMNO, sebarang ketetapan PAU hanya boleh dirombak dengan kembali semula kepada perwakilan untuk membuat keputusan baharu khususnya mengenai hubungan kerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian: Kenyataan Azmin terhadap Zahid tidak benar
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Zahid Hamidi
#Pemuda UMNO
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan