awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan adakan pemilihan semula tepat - MIC Kedah

Bernama
Bernama
03/02/2015
00:36 MYT
Keputusan adakan pemilihan semula tepat - MIC Kedah
MIC Kedah mahu semua pihak memberi sokongan penuh kepada siapa saja muka baharu yang akan menerajui kepimpinan MIC selepas pemilihan semula semua jawatan dalam parti itu - Gambar fail
MIC Kedah mahu semua pihak memberi sokongan penuh kepada siapa saja muka baharu yang akan menerajui kepimpinan MIC selepas pemilihan semula semua jawatan dalam parti itu diadakan, kata pengerusinya Datuk S. Ganesan.
Menyokong penuh cadangan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel pada Ahad yang mahu mengadakan pemilihan baharu itu, beliau berkata langkah itu tepat pada masanya dan mampu menyelesaikan kemelut dihadapi parti berkenaan.
"Untuk parti kita kembali kuat, kita kena ikut apa yang termaktub dalam perlembagaan MIC, itu kunci utama sebenarnya," kata beliau kepada Bernama di sini, Isnin.
Ahad, Palanivel mengumumkan akan mengadakan pemilihan baharu bagi semua jawatan daripada pelbagai peringkat dalam usaha menyelesaikan kemelut yang melanda parti itu.
Sambil berharap pemilihan tersebut dibuat secara telus, Ganesan turut berharap anggota parti supaya mengamalkan sikap matang dan bijak memilih bagi mengelak sebarang ketidakpuasan hati, kelak.
Krisis dalaman MIC tercetus selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pemilihan bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam Perhimpunan Agung MIC di Melaka, pada Nov 2013.
Dalam surat bertarikh 5 Dis 2014, ROS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi semua jawatan tersebut dalam tempoh 90 hari.
Topic Berkaitan
#G. Palanivel
#Kedah
#MIC
#S. Ganesan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan