KUALA LUMPUR: Kerajaan baharu yang bakal dibentuk disaran mempertimbangkan satu bentuk persetujuan bersama untuk berkongsi kuasa dan tadbir urus dalam negara melalui Parlimen dan institusi politik.
Koordinator Penyelidikan Research for Social Advancement (REFSA), Fakhrurrazi Rashid berkata, jika kuasa tersebut tidak diagihkan sama rata antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, polemik politik akan berterusan.
Justeru, beliau menegaskan, keadaan politik yang berlaku ketika ini bukan satu aspirasi yang diperlukan oleh rakyat.
"Jadi perkara itu perlu dilakukan bersama di mana pihak kerajaan yang akan dibentuk nanti memikir idea bipatisan secara struktural.
"Bukan sahaja bercakap seperti menawarkan sesuatu kepada pembangkang, namun tidak membawa pembangkang berbincang terlebih dahulu.
"Amalan demokrasi di Malaysia ini perlu dikaji dan dirunding bersama oleh kedua-dua belah pihak supaya mewujudkan kestabilan kerajaan dan politik Malaysia," katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Mesyuarat Raja-Raja Melayu petang ini
BACA: Pertemuan khas Raja-Raja Melayu bincang calon PM hari ini
Mengulas lanjut, Fakhrurrazi juga berpandangan, Perdana Menteri kesembilan perlu mengelak daripada membentuk barisan Kabinet yang berkonsepkan kepartian, sebaliknya mengerakkan struktur baharu yang lebih baik.
Jelas beliau, perspektif baharu harus dilihat dalam pembentukan Kabinet bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada institusi demokrasi dan tadbir urus negara.
"Perkara pertama sekali saya fikir Perdana Menteri akan datang perlu melantik seorang Menteri Kesihatan yang berpengalaman, berpengetahuan dan berwibawa untuk memahami dasar-dasar kesihatan bagi mengatasi COVID-19.
"Kalau kita lihat dulu Menteri Kesihatan dalam Kabinet, portfolio ini tidak begitu mendapat tumpuan daripada mana-mana ahli politik.
"Ini kerana sebelum ini menteri kanan datang daripada Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pendidikan. Tetapi hari ini, kita menyaksikan betapa pentingnya mempunyai seorang Menteri Kesihatan yang perlu bersama struktural dan berdasarkan sains dan fakta," ujarnya.
BACA: PN setuju secara bersyarat, namakan Ismail Sabri sebagai PM
Sehubungan itu, Fakhrurrazi berkata, legasi di mana keputusan membabitkan dasar dalam negara didominasi oleh badan eksekutif sahaja perlu diubah.
Sebaliknya, kata beliau, semak dan imbang bersama blok pembangkang perlu dijalankan bagi mengelakkan masalah teknikal atau isu berbangkit mengenai sesuatu keputusan.
Perkembangan politik negara menyusul selepas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada Isnin susulan hilang kepercayaan majoriti berikutan penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO.
Hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengadakan perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu untuk membincangkan isu-isu semasa, dipercayai menyentuh pembentukan kerajaan baharu.
Pada Isnin, Al-Sultan Abdullah memperkenan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri serta seluruh barisan Ahli Jemaah Menteri berkuat kuasa serta merta.
Dalam pada itu, Baginda turut perkenan untuk melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sementara (caretaker) sebelum calon Perdana Menteri Baharu dilantik semula.
Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pentadbiran Muhyiddin tumbang selepas 15 ahli UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Ahli Parlimen Bagan Datuk) menarik sokongan terhadap Kerajaan PN.
Ahmad Zahid membuat pengumuman itu dalam sidang media khas pada 3 Ogos lalu.
Hasimi Muhamad
Fri Aug 20 2021

Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Isnin susulan hilang kepercayaan majoriti berikutan penarikan sokongan oleh 15 Ahli Parlimen UMNO. - Gambar ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR

Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi
Sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan, tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert.

JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

Projek Sakit | KPKT teliti lebih 500 projek rumah swasta terbengkalai
Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti lebih 500 projek perumahan swasta yang dikenal pasti sebagai projek 'sakit' dan terbengkalai di seluruh negara.

10 Berita Pilihan - (28 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khairy Pecat | TMJ mungkin tawar jawatan kepada KJ
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan kemungkinan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif JDT FC dan Penasihat Orang Muda Johor kepada Khairy Jamaluddin. Perkara itu dinyatakan oleh pemilik kelab bola sepak JDT itu menerusi satu hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince Of Johor, malam tadi.

Politik | Pemecatan dan penggantungan pemimpin UMNO ada kecacatan - Ismail Sabri
Terdapat kecatatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Januari 2023.

Amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini (30 Jan).

Elak kongsi maklumat operasi SJR di aplikasi Waze - Polis
Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat operasi sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan pasukan itu menerusi aplikasi Waze.

Masa untuk Kabinet Anwar mula kerja, elak ulangi kebuntuan politik
Anwar mempunyai keputusan untuk dibuat, berhadapan dengan realiti politik dan keperluan untuk menyampaikan kepada rakyat.

Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif
Indeks utama meningkat sebanyak 0.18 peratus susulan minat belian terhadap kaunter perladangan saham wajaran tinggi.

Dominasi pemimpin lelaki dalam politik penyebab sistem patriarki kekal - Kajian
Katanya, kemajuan wanita dalam pendidikan, ekonomi dan penyertaan aktif wanita dalam masyarakat dan parti kurang diberi pengiktirafan.

Kaji Selidik PRU15: Firma O2 sasar lebih 10,000 responden
Kajian ini turut disertai oleh lima agensi media termasuk Sinar Harian, Astro Awani, Sin Chew Daily, The Star, dan Malaysia Nanban

Kaji Selidik Suara Rakyat: ILHAM Centre fokus eksplorasi kehendak Melayu Muslim
Kolaborasi media pelbagai bahasa, platform dan fokus pembaca ini adalah inisiatif untuk meninjau pendapat rakyat Malaysia mengenai pilihan raya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Jamal Yunos rebah di program BN, kini dalam keadaan stabil
Amin Daniel berkata, setakat ini punca sebenar yang menyebabkan bapanya rebah masih dalam siasatan doktor.

Teka-teki PRU15: Ini sebab Parlimen perlu berpenggal
Di Malaysia, PRU diadakan apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan atau terbubar sendiri selepas tamat tempoh lima tahun.

PRU15: Kerjasama PN, PH sukar berlaku - Penganalisis
Senario yang berlaku pada 2018 adalah berbeza apabila beberapa parti menjalinkan kerjasama untuk menjatuhkan BN.

Benarkah PRU15 semakin dekat? Ini pendapat Tun M...
Parti dalam kerajaan belum sedia dan Perdana Menteri pula dilihat tidak cenderung mengadakan PRU15 awal, kata Dr Mahathir.

Ismail Sabri hilang majoriti jika PN tarik sokongan - Anthony Loke
PH masih belum memikirkan apa tindakan yang akan diambil sekiranya terjadi PN tarik balik sokongan terhadap kerajaan.