awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan didakwa 'lencongkan' peruntukan pembangkang

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
01/07/2024
04:34 MYT
Kerajaan didakwa 'lencongkan' peruntukan pembangkang
Wan Ahmad Fayhsal mendakwa, peruntukan itu disalurkan kepada parti-parti politik yang menyokong Kerajaan Perpaduan. -Gambar fail/Japen
KUALA LUMPUR: Pembangkang mendakwa Kerajaan Perpaduan 'melencongkan' peruntukan yang sepatutnya diterima mereka.
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa, peruntukan itu disalurkan kepada parti-parti politik yang menyokong Kerajaan Perpaduan.
Selain itu, beliau turut mempertikaian pengauditan yang dilakukan kerajaan.
"Sebenarnya peruntukan Ahli Parlimen pembangkang dilencongkan kepada parti-parti politik kerajaan (Perpaduan).
"Macam di Machang, yang dapat sebenarnya adalah ketua kampung daripada UMNO, ketua kampung PKR dan (Parti Amanah Negara) AMANAH.
"Kita tidak tahu (bagaimana) perbelanjaan) daripada ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) yang sampai kepada mereka ini diaudit macam mana?
"Jadi sebenarnya bila sampai kepada kami, Ahli Parlimen yang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU), kami audit akaun kami. Kami laporkan apa yang kami belanjakan.
"Tapi kalau sampai kepada parti-parti politik kerajaan, tidak ada audit, ini yang kami tentang. Tata kelola yang zalim kepada rakyat," katanya pada sidang media di luar Parlimen, di sini, pada Isnin.
Beliau sebelum itu bersama beberapa Ahli Parlimen pembangkang lain menemani Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menamatkan baki larian sejauh 200 kilometer (km) dari Muar ke Parlimen sebagai protes terhadap dakwaan kegagalan kerajaan menyalurkan peruntukan kepada pembangkang.
Media sebelum ini melaporkan Ahli Parlimen Muar itu sebagai berkata, larian tersebut adalah antara cara untuk menghantar mesej kepada kerajaan agar menepati janji mereka sebelum ini.
Misi berkenaan bagi mendesak kerajaan memberikan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.
Larian itu juga dibuat bagi mengutip dana RM100,000 untuk operasi Pusat Khidmat Muar.
Topic Berkaitan
#pembangkang
#Kerajaan Perpaduan
#peruntukan kewangan
#ahli Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan