awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Melaka tumbang: TYT kuarantin, tiada kunjungan sehingga Khamis

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
05/10/2021
04:41 MYT
Kerajaan Melaka tumbang: TYT kuarantin, tiada kunjungan sehingga Khamis
Difahamkan, Mohd Ali sudah mengadakan perbincangan menerusi panggilan telefon, malam tadi bersama beberapa pihak dan membuat kata putus. - Foto fail/BERNAMA
MELAKA: Permohonan menghadap Yang di-Pertua Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam oleh mana-mana wakil politik negeri itu terpaksa ditangguhkan sehingga Khamis ini.
Setiausaha Khas Yang diPertua Negeri Melaka, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, Tun Mohd Ali sedang menjalani proses kuarantin bermula 30 September lalu selepas menjadi kontak rapat kepada individu positif COVID-19.
“Sekarang ini beliau (Mohd Ali) sedang kurantin kendiri selama tujuh hari.
“Jumaat ini beliau akan masuk pejabat, selepas itu beliau akan beri keputusan sama ada berjumpa atau tidak (wakil politik) pada hari itu,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Semalam, empat wakil rakyat iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) menamatkan teka-teki krisis politik Melaka selepas mendakwa hilang kepercayaan dengan kepimpinan Sulaiman.
BACA: Kerajaan Melaka tumbang: PH Melaka akan menghadap TYT, belum bincang calon Ketua Menteri
Kesemua mereka juga telah menghantar surat menarik sokongan berkenaan kepada pejabat Ketua Menteri.
Sementara itu, sumber Istana Melaka memaklumkan satu pengumuman khas oleh kerajaan negeri dijangka diadakan petang ini oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kira-kira jam 3.00 petang ini.
Difahamkan, Mohd Ali sudah mengadakan perbincangan menerusi panggilan telefon, malam tadi bersama beberapa pihak dan membuat kata putus.
“Tunggu saja jemputan nanti, kerana saya tidak pasti pengumuman itu akan dibuat oleh Speaker DUN, Setiausaha Kerajaan Negeri atau Ketua Menteri Melaka.
“Tun juga difahamkan sudah membuat keputusan dan hasilnya akan diumumkan hari ini,” jelas sumber itu ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Topic Berkaitan
#kemelut politik
#Tun Mohd Ali
#Ketua Menteri
#Istana Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan