MASJID TANAH: UMNO dan Barisan Nasional (BN) Melaka menyerahkan kepada kebijaksanaan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam dalam menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Menurut Pengerusi UMNO dan BN Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, keputusan itu dibuat selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyatakan secara terbuka telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada Isnin.

"Untuk meneruskan kelestarian ini, Perhubungan UMNO Negeri Melaka menyerahkan atas kebijaksanaan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka untuk menyelesaikan atau meleraikan kemelut politik berlaku ketika ini.

"Mengikut Perkara 19 (2) Perlembagaan Negeri, Tun (TYT) boleh memprorog atau bubarkan dewan kerajaan negeri," kata Ab Rauf dalam sidang media yang diadakan di kediamannya di sini, pada Isnin.

Turut hadir dalam sidang media itu, Sulaiman yang juga ADUN Lendu selain barisan ADUN UMNO dan pemimpin parti komponen BN negeri.




Serahkan kepada TYT Melaka untuk menentukan kedudukan kerajaan negeri

Sidang media itu diadakan Ab Rauf dan Sulaiman bagi menjelaskan situasi terkini kerajaan Melaka selepas empat ADUN negeri itu mengumumkan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri.

Keempat-empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).



Pagi cakap lain, petang cakap lain - Ab Rauf

BACA: Kerajaan Melaka tumbang: Sokong PH, keahlian Idris Haron, Nor Azman dalam UMNO gugur - Ab Rauf

BACA: 
Kerajaan Melaka tumbang: 'Tak mengapa hilang kerajaan negeri' - Ahmad Zahid cadang bubar DUN

BACA: Kerajaan Melaka tumbang: Hubungan saya dengan mereka amat baik - Sulaiman

Mengulas lanjut, Ab Rauf yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka menegaskan, tindakan menjatuhkan kerajaan negeri yang dibina bersama tidak sepatutnya dibuat oleh ADUN-ADUN berkenaan.

"Kita sama-sama membina kerajaan Melayu dan Islam selama 19 bulan yang telah kita tunjukkan pencapaian baik.

"Akhirnya kita digegarkan tekanan politik dalam mereka (ADUN berkenaan) ingin capai kepentingan mereka semata mata," tegas beliau lagi.

Turut dipersoal Ab Rauf, tindakan yang diambil oleh ADUN-ADUN berkenaan yang memegang jawatan di dalam kerajaan negeri.

"Saya sebenarnya tidak urusan kerajaan mereka ini, Exco kerajaan negeri bersama Ketua Menteri menguruskan kerajaan ini.

"Kalau nak tegur, tegurlah dalam Mesyuarat Exco, kenapa nak bergabung dengan parti lain menubuhkan kerajaan," sambung Ab Rauf.



Tak setuju cakap dalam mesyuarat..bukan bawa ke luar - Ab Rauf