awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah perolehan projek tentera: SPRM sita wang tunai, emas RM6.9 juta
AKPS KLIA rampas ubat-ubatan tidak berdaftar bernilai RM10,000
AKPS rampas benih tembikai bernilai lebih RM140,000 di Kargo KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan negeri sedia terima teguran demi kebaikan - MB Kedah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
17/06/2018
10:46 MYT
Kerajaan negeri sedia terima teguran demi kebaikan - MB Kedah
MUKHRIZ: Sokongan daripada tuan-tuan dan puan-puan selaku rakyat adalah sangat penting bagi kita semua. - Gambar fail/BERNAMA
"Teruskan beri sokongan dan sekiranya ada cadangan dan teguran lontarkan, kami sedia mendengar."
Demikian pesanan, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir kepada rakyat Kedah di mana kerajaan negeri itu bersedia dan terbuka untuk menerima segala teguran sekiranya terdapat kesalahan dalam pemerintahan Pakatan Harapan (PH) demi kebaikan semua pihak.
Katanya, kerajaan negeri berharap agar rakyat dapat terus memberi sokongan padu kepada kepimpinannya di negeri ini dalam usaha memastikan semua dasar kerajaan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
"Sokongan daripada tuan-tuan dan puan-puan selaku rakyat adalah sangat penting bagi kita semua dan saya bagi pihak kerajaan juga rasa sangat terharu di atas sumbangan dan pengorbanan rakyat melalui dana harapan yang mana sudah lebih RM75 juta.
"Ini menunjukan bahawa semua lapisan masyarakat bersama-sama sanggup berkorban untuk menjamin masa depan yang cerah bagi kita semua," katanya.
Dalam pada itu, Mukhriz berkata kerajaan negeri memberi jaminan kepada rakyat bahawa segala janji yang tersenarai dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) PH negeri ini untuk diselesaikan dalam tempoh 100 hari akan ditunaikan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Menteri Besar Kedah bersama rakyat di Dewan Seri Mentaloon di Alor Setar, hari ini.
Turut hadir memeriahkan majlis rumah terbuka itu Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
Topic Berkaitan
#Kedah
#Kerajaan negeri Kedah
#MB Kedah
#Menteri Besar Kedah
#Mukhriz Mahathir
#Pakatan Harapan
#teguran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan