SINTOK: Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhamamd Sanusi Md Nor berkata, keutuhan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi parti UMNO, Bersatu dan Pas perlu dipertahankan.
Ini kerana, kata beliau, kesemua menteri, timbalan menteri dan semua pihak yang berada di dalam kerajaan serta petugas-petugas barisan hadapan sedang melaksanakan kerja dengan baik bagi menangani pandemik COVID-19.
Menteri Besar Kedah itu berkata, sebarang perubahan yang berlaku dalam pentadbiran di peringkat Pusat hanya akan menjejaskan usaha menangani krisis kesihatan yang berlaku memandangkan 'masa yang lebih lama' akan diambil bagi menyelesaikan beberapa perkara teknikal berkaitan pandemik COVID-19.
"Kerajaan ini perlu dipertahankan, mereka (yang terlibat) sedang buat kerja dengan baik, (sentiasa memberi fokus kepada) rakyat (yang) sedang (dalam) kesusahan.
"(Ketika) pandemik COVID-19, kalau kita lantik orang baharu untuk hendak menguasai bidang yang sangat teknikal ini memang sukar, (terutama) bidang perubatan (dan menangani) pandemik.
"Hendak dapat menguasai tentulah doktor dan doktor klinikal (perlu memahami perlbagai perkara), (pengamal perubatan yang) tidak biasa hadapi pandemik pun kena mengaji (belajar) balik, (selain) kena ikuti kursus balik, bayangkan orang besar (dalam pentadbiran) hendak buat (satu-satu) keputusan (untuk negara)," kata beliau lagi.
Sanusi berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Outreach IPT, Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, pada Sabtu.
Beliau sebelum ini turut menyelar tindakan sesetengah pihak yang sedang sibuk mengumpulkan akuan bersumpah (SD) terutama membabitkan isu penarikan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, semua pihak sepatutnya ketika ini berganding bahu bagi memberikan fokus bagi gerak kerja untuk menangani krisis berkaitan COVID-19.
BACA: 31 Ahli Parlimen UMNO, BN terus sokong Kerajaan pimpinan Muhyiddin - Ismail Sabri
Pada Jumaat, 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan pendirian untuk terus menyokong kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kesemua Ahli Parlimen yang tersenarai itu juga bersetuju agar usul percaya dibentang dan dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat bulan depan.
Abd Hadi Che Awang
Sat Aug 07 2021
Keutuhan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional yang ditunjangi parti UMNO, Bersatu dan Pas perlu dipertahankan, kata Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhamamd Sanusi Md Nor.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ahli Parlimen Kapit zahir sokongan kepada Muhyiddin, Kerajaan PN
Ini bagi melaksanakan pelbagai program PPN demi memastikan kehidupan rakyat, kebajikan pengguna dan peniaga dapat terus dijaga.
GPS bukan lalang, sebarang keputusan demi kesejahteraan rakyat dan negara - Abdul Karim
Kerajaan Sarawak bukan lalang dalam memberi sokongan kepada pentadbiran Kerajaan Pusat ditadbir Perikatan Nasional (PN) ekoran penarikan sokongan UMNO.
Mesyuarat Khas Parlimen: Muhyiddin akui kerajaan tak sempurna, ajak semua pihak bersolidariti
Kerajaan, kata Perdana Menteri, tidak berpeluk tubuh biarkan rakyat menderita, malah sentiasa bertindak untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat.
Kenaikan harga barang asas: 'Kerajaan ketika ini, kerajaan tidur' - Anwar
Dakwa Anwar, tindakan secara serius seolah-olah tidak diambil pihak kementerian yang bertanggungjawab meskipun perkara itu amat membimbangkan.
Misi Muhyiddin berjaya, GPS hulur jaminan sokongan
Justeru dalam keadaan politik rapuh dan tidak menentu di Semenanjung, sudah pasti sokongan padu dari Sarawak terutamanya GPS amat diperlukan.
COVID-19: Kerajaan PN berjaya kawal sempadan negara - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata perkara itu adalah hasil kejayaan penubuhan NTF untuk memastikan kedaulatan negara dilindungi.
Satu-satunya cara selamatkan ekonomi ialah dengan membendung COVID-19 - Majlis Presiden PH
Menurut Majlis Presiden PH, Kerajaan Persekutuan perlu belanja tambahan RM45 bilion bagi membendung pandemik COVID-19 di negara ini.
Proklamasi darurat: Badan kehakiman terus berfungsi - PM Muhyiddin
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan badan kehakiman akan terus berfungsi ketika pelaksanakan Proklamasi Darurat dijalankan.
Pembubaran Parlimen 1999 boleh berulang jika kurang sokongan kepada kerajaan - Penganalisis
Pembubaran Parlimen pada 1999 ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad boleh berulang jika kerajaan tidak mempunyai sokongan terhadap Belanjawan 2021.
Belanjawan 2021 berkonsep Prihatin Rakyat - Perdana Menteri
Belanjawan 2021 bernilai RM322.5 bilion merupakan terjemahan konsep Prihatin Rakyat yang didokong penuh kerajaan Perikatan Nasional.