awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Perpaduan: Sanggupkah mereka berkongsi kuasa?

Sinar Harian
Sinar Harian
24/11/2022
22:30 MYT
Kerajaan Perpaduan: Sanggupkah mereka berkongsi kuasa?
KARTINI: Kesenjangan ideologi, pendekatan dan strategi sangat bergantung kepada bagaimana ahli kabinet dan menteri-menteri ini boleh duduk semeja dan bekerjasama. - Gambar fail
SHAH ALAM: Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kartini Aboo Talib @ Khalid berkata, kesanggupan ahli-ahli politik untuk berkongsi kuasa menjadi persoalan dalam penubuhan Kerajaan Perpaduan ketika ini.
Menurutnya, ini kerana kaedah perkongsian kuasa antara yang perlu difikirkan sekiranya lantikan kabinet bagi Kerajaan Perpaduan tanpa pembangkang.
"Kalaulah istilah perpaduan itu bermaksud semuanya setara dan bersama bermakna tiada pembangkang kerana tiada siapa yang boleh mengakui ada majoriti jelas. Jadi bagaimana melantik kabinet sekiranya tanpa pembangkang?
"Mungkin boleh memikirkan bagaimana (menggunakan) sistem kuota, sistem yang ada elemen 'segmental autonomy' sesuai dengan kemahiran dan pengalaman menerusi kaedah 'consociational politics' (kesepakatan politik).
"Persoalannya sudikah mereka berkongsi kuasa? Ramai yang mengandaikan ramai ahli politik adalah rasional terutamanya sekali dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan.
"Tapi kesenjangan ideologi, pendekatan dan strategi sangat bergantung kepada bagaimana ahli kabinet dan menteri-menteri ini boleh duduk semeja dan bekerjasama," katanya ketika menjadi panelis Program Sinar Live bertajuk 'Akhirnya Anwar PM Kerajaan Perpaduan' yang disiarkan di platform digital Sinar Harian pada Khamis.
Program yang dikendalikan oleh Fahiz Ariff itu turut menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), Dr Mohd Muzzammil Ismail; Pengurus Kanan (Penyelidikan) Institut Darul Ehsan, Khairul Ariffin Mohd Munir; dan Mantan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sebagai panelis.
Mengulas lanjut, Kartini berkata, kebanyakan pemimpin utama parti ketika ini adalah lahir dari 'sekolah UMNO' membuatkan ramai yang mengandaikan tiada masalah untuk mereka bekerjasama.
"Dalam politik, tiada musuh yang kekal. Jika mengambil semangat positif mengandaikan mereka boleh bekerjasama, agihan kabinet paling sesuai adalah pengagihan kuota mengikut kepada kemahiran dan pengalaman yang kita dapat lihat pada dalam kesemua tokoh Kerajaan Perpaduan," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#perkongsian kuasa
#Kerajaan Perpaduan
#Anwar Ibrahim
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan