awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pimpinan PM Anwar tidak berpegang kepada konsep 'rule of law' - Dr Mahathir

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
07/12/2022
07:04 MYT
Kerajaan pimpinan PM Anwar tidak berpegang kepada konsep 'rule of law' - Dr Mahathir
Dr Mahathir berkata, pelantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menyukarkan usaha membersihkan negara dari gejala rasuah dan kleptokrat. - Foto Astro AWANI/Mohd Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berpegang kepada konsep ‘rule of law’ kerana melantik seseorang yang mempunyai kes mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM), dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata, pelantikan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menyukarkan usaha membersihkan negara dari gejala rasuah dan kleptokrat.
"Jika kita nak bersihkan negara, kita tak boleh pilih orang yang dianggap melakukan jenayah.
"Ya dia belum terbukti bersalah, tetapi jika seseorang itu dihadapkan walaupun dengan satu kes, itu sudah menunjukkan dia tidak layak jadi pemimpin," katanya selepas Pelancaran Buku 40 Tahun Dasar Pandang Ke Timur pada Rabu.
Ahmad Zahid kini berdepan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram.
Sementara itu ketika diminta mengulas masa depan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pimpinannya yang kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Dr Mahathir menjelaskan partinya itu akan tetap meneruskan misinya untuk menyelamatkan Malaysia.
“Kita kalah teruk tapi kita pegang pada prinsip, kita berjuang untuk membersihkan negara dan kita akan terus berjuang untuk bersihkan negara walaupun kita ditolak oleh semua orang,” katanya.
Pada PRU15 lalu, Gerakan Tanah Air (GTA) yang bertanding menggunakan logo Pejuang tewas disemua 125 Parlimen yang ditandinginya.
Politik | Dr Mahathir hairan Anwar lantik Zahid
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Zahid Hamidi
#Anwar Ibrahim
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan