awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerja sia-sia layan pelawaan berdebat pembangkang - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
12/06/2017
23:30 MYT
Kerja sia-sia layan pelawaan berdebat pembangkang - Ismail Sabri
ISMAIL SABRI: Jawab macam manapun mereka tidak akan setuju dengan apa yang kita katakan sebab mereka memang sudah prejudis.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpandangan adalah lebih baik untuk Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO tidak melayan permintaan pembangkang untuk berdebat.
Beliau juga menyifatkan melayan kehendak untuk berdepat itu sebagai kerja sia-sia kerana penganjurannya jelas bertujuan mencari kesalahan selain tidak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.
"Saya rasa kita tidak perlu melayan pembangkang itu kerana hanya menghabiskan masa. Malah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) juga menyatakan kerajaan hari ini adalah kerajaan yang mendengar semua permasalahan rakyat dan akan menyelesaikannya.
"Masalah rakyat itu yang lebih penting daripada berdebat dan sebagainya... yang bukannya mencari kebenaran tetapi untuk mencari kesalahan dan membuat tuduhan palsu yang bukan-bukan," katanya.
Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Peruntukan Parlimen Bera di Dewan UMNO Bera di sini, pada Isnin.
Anggota Parlimen Bera itu mengulas kenyataan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dilaporkan akan menganjurkan forum ''Nothing To Hide'' dengan menjemput Najib dan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohammad menjawab soalan berbangkit daripada mana-mana pihak.
Ismail Sabri berkata jika UMNO berlapang dada untuk ''menyambut pelawaan itu sekalipun'', penganjurannya tidak akan mencapai objektif kerana sudah pasti pembangkang tidak akan menerima apa juga kebenaran dan kebaikan yang dilakukan UMNO.
"Jawab macam manapun mereka tidak akan setuju dengan apa yang kita katakan sebab mereka memang sudah prejudis.
"Mereka tidak pernah pernah menganggap apa yang kerajaan buat itu betul walaupun kerajaan buat, tidak kira sebaik manapun tindakan itu. Memang sudah kerja mereka untuk menentang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BN
#debat
#ismail sabri yaakob
#pembangkang
#sia-sia
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan