SHAH ALAM: Bentuk kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor diharap dapat diputuskan selewat-lewatnya hujung bulan ini, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Amirudin yang juga Pengerusi PH Selangor berkata beliau telah berjumpa secara tidak formal dengan beberapa pihak dalam BN bagi membincangkan perkara tersebut.
"Dalam minggu ini atau awal minggu depan, saya akan buat pengumuman. Hari ini saya akan membawa ke mesyuarat exco dan membuat keputusan tertentu. Ia adalah perbincangan yang sangat positif dan saya berharap ia akan mewakili sentimen dalam kerajaan Persekutuan.
"Harap selewat-lewatnya bulan ini, kita sudah tentukan jenis kerjasama dan selepas itu, pada Februari dan seterusnya kita membuat persiapan untuk pilihan raya negeri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 kepada penjawat awam di negeri itu, di sini hari ini.
Amirudin juga berkata mandat telah diperoleh daripada PKR untuk memulakan perbincangan berkenaan kerjasama tersebut dan ia akan diputuskan dalam kalangan parti gabungan PH.
"Secara asasnya saya tahu tidak ada tentangan, cuma kita kena melihat formulanya. Saya tak jumpa (ahli BN) secara formal, kita jumpa secara tidak rasmi di acara dan majlis dan dinyatakan tarikh dan waktu yang perlu ditetapkan.
"Maksudnya kita kena buat permulaan kepada perbincangan. Itu kena ada kerangka kerja... Jadi kita kena mulakan dengan beberapa kerangka kerja, apa yang perlu dimulakan dan sebagainya," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2023

Amirudin berkata beliau telah berjumpa secara tidak formal dengan beberapa pihak dalam BN bagi membincangkan perkara tersebut. - Astro AWANI/Shahir Omar

Rangka manusia tapak arkeologi Guar Kepah akan dibawa pulang dari Belanda
Rangka-rangka ini dijangka dibawa pulang tahun depan untuk disimpan dan dipamerkan di Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah yang sedang dibangunkan.

Elak makan ikan buntal yang tidak diketahui jenis - Jabatan Perikanan
Hampir semua jenis ikan buntal mengandungi toksin yang boleh menyebabkan keracunan.

Guna hasil samun beli aksesori motosikal
Siasatan mendapati suspek telah menjual barang emas di kedai pajak sebelum membeli aksesori untuk dipasang pada motosikalnya.

PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok
PDRM menafikan sebuah akaun dalam aplikasi TikTok dengan nama @datukayub8 merupakan milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchy.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed dilantik Putera Mahkota Abu Dhabi
Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan turut umum pelantikan adiknya, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan sebagai Naib Presiden UAE.

Halang MB Kedah: 'Saya akan dapatkan situasi sebenar' - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu menyifatkan perkara sedemikian tidak wajar berlaku sekiranya betul.

FIFA gugurkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun
Pengumuman tuan rumah baharu akan dibuat tidak lama lagi dan hukuman buat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia juga akan ditentukan.

Pope Francis dikejar ke hospital akibat jangkitan paru-paru
Beliau mengalami sesak nafas sejak kebelakangan ini namun disahkan negatif COVID-19.

Sultan Nazrin berkenan rasmi, berbuka puasa di Masjid Al-Ikhwan
Baginda kemudiannya berkenan menanam pokok di perkarangan bangunan sebelum merasmikan masjid itu.

BN-PH runding agih kerusi PRN Selangor Isnin ini
Megat Zulkarnain Omardin berkata, mesyuarat kali kedua itu akan melibatkan jawatankuasa teknikal diwakili pimpinan tertinggi masing-masing.

Kerajaan Selangor lancar IDRISS, pembangunan ekonomi di selatan Selangor
Sepang dan Kuala Langat menjadi tumpuan khusus merangkumi tanah 40,000 ekar dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM1 trilion.

Isu setinggan di Kampung Dato Harun selesai
Kerajaan Selangor bertindak proaktif menyelesaikan isu penempatan setinggan yang membelenggu 249 keluarga di Kampung Dato Harun, PJS 1 sejak 15 tahun lalu.

Selangor hantar bantuan banjir ke Johor esok - Amirudin
Kerajaan Selangor akan menghantar bantuan meliputi barangan keperluan asas dan makanan bagi membantu mangsa banjir di Johor, esok.

Kedudukan dalam LLB mewakili kerajaan negeri, bukan kepentingan diri - Amirudin
Amirudin jawab dakwaan mengenai penganugerahan kontrak bernilai RM700 juta oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada LLB bagi projek SMG.

Projek Sungai: Polis sahkan terima laporan dakwaan pembabitan MB Selangor
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan pembabitan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dengan sebuah syarikat yang didakwa menerima projek bernilai RM700 juta.

Tanah runtuh Batang Kali: Kerajaan Selangor sedia dedah laporan kepada waris - MB
Laporan terbabit sudahpun disediakan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

PRN: Enam negeri sepakat bubar DUN dua minggu terakhir Jun
Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, dan Terengganu sepakat membubarkan DUN pada dua minggu terakhir Jun.

Pengeluaran KWSP: 'Ada yang hanya berbelanja 68 sen sehari selepas bersara'
Menteri Besar Selangor itu berkata, terdapat pencarum KWSP yang hanya mampu berbelanja 68 sen sehari selepas bersara susulan pengeluaran simpanan mereka sejak 2020.

Pindaan Akta 655 mampu kekang masalah pencemaran air - MB Selangor
Amirudin berkata, pindaan berkenaan mampu memastikan kelestarian sumber bekalan air dan air mentah berada dalam keadaan baik dan terurus.