awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Myanmar nafi tuduhan genosid Rohingya di mahkamah ICJ
34 projek sakit PR1MA siap sepenuhnya menjelang Mac ini
Kerajaan P.Pinang ambil tindakan atasi isu kesalinghubungan feri-rel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama UMNO-DAP bukan ancaman, jangan layan ‘Team B’ - Ahmad Zahid

Firdaus Azil
Firdaus Azil
17/01/2026
11:56 MYT
Kerjasama UMNO-DAP bukan ancaman, jangan layan ‘Team B’ - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, beliau memahami kerisauan sebahagian ahli parti seperti yang disuarakan dalam perwakilan sepanjang perhimpunan tersebut.
KUALA LUMPUR: Kerjasama UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan bukan ancaman kepada agenda Melayu dan bumiputera, sebaliknya disifatkan sebagai satu bentuk kerjasama yang telah berlaku sejak era terdahulu dalam sejarah negara.
Dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2025, Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau memahami kerisauan sebahagian ahli parti seperti yang disuarakan dalam perwakilan sepanjang perhimpunan tersebut.
Namun, jelas beliau lagi, realiti pentadbiran hari ini membuktikan bahawa DAP tidak menghalang mana-mana dasar memberi kelebihan atau demi manfaat orang Melayu.
Mengambil contoh pelantikan Ahli Parlimen DAP, Gobind Singh Deo, sebagai anggota Jawatankuasa Kongres Ekonomi Bumiputera, yang beliau pengerusikan, langkah itu bukan sesuatu yang luar biasa atau sesuatu yang baharu.
Beliau menjelaskan pada tahun 1965, Tun Abdul Razak turut melantik tokoh Cina, Tan Sri Khaw Kai Boh dan tokoh India, Tan Sri V Manickavasagam dalam jawatankuasa berkaitan agenda ekonomi bumiputera.
Beliau berkata, penyertaan bukan Melayu dalam kerangka pentadbiran berkaitan agenda bumiputera bukanlah sesuatu yang mengubah identiti perjuangan Melayu, sebaliknya selari dengan pendekatan inklusif sejak awal pembentukan negara.
Dalam menjelaskan kerjasama semasa, Ahmad Zahid turut mendedahkan bahawa Gobind tidak menolak sebarang cadangan atau inisiatif daripada UMNO dalam Kongres Ekonomi Bumiputera.
“Adakah Gobind mahu (tidak setuju) tentang 132 inisiatif kongres? Tak ada satu pun yang tidak dipersetujui oleh Gobind,” katanya lagi, sambil menyeru perwakilan untuk menolak naratif pihak tertentu yang mendakwa DAP akan menghalang dasar-dasar pro-Melayu sekiranya bekerjasama dengan UMNO.
Selain itu Ahmad Zahid berkata, ketika mengemukakan cadangan pembaharuan dalam Jawatankuasa Kabinet Keselamatan Jalan Raya yang beliau pengerusikan, semua menteri daripada DAP termasuk Anthony Loke dan Gobind menyatakan persetujuan.
“Yang ramai mati ialah anak Melayu, tapi menteri-menteri DAP setuju dengan langkah pembaharuan ini,” katanya.
Ahmad Zahid berkata, situasi dan statistik tersebut mencerminkan realiti bahawa pemimpin DAP tidak menghalang usaha menyelesaikan masalah yang memberi kesan langsung kepada komuniti Melayu-B40.
Beliau turut berpesan kepada ahli UMNO supaya tidak melayan kenyataan-kenyataan yang tidak harmoni dikeluarkan oleh pihak disifatkan sebagai 'Team B' dalam DAP.
Ahmad Zahid turut menambah bahawa parti-parti lain seperti Amanah dan GRS juga sehaluan dengan perjuangan UMNO, seperti Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu, pernah mengakui bahawa partinya menyokong agenda UMNO.
Selain itu beliau berkata, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor - meskipun mengetuai gabungan parti yang majmuk, tetap memperjuangkan agenda selari dengan UMNO.
Zahid menyatakan bahawa sikap saling membantu ini terbukti apabila GRS tidak meletakkan calon menentang UMNO dalam dua pilihan raya kecil (PRK) kerusi DUN Lamag dan Parlimen Kinabatangan, selain dikatakan turut menyediakan bantuan kewangan kepada jentera UMNO.
Jelasnya lagi, DAP bukanlah kumpulan yang secara automatik menolak apa sahaja yang melibatkan orang Melayu, dan bahawa hubungan UMNO–DAP dalam kerajaan perlu dilihat dengan lebih matang, bukan sekadar melalui kaca mata sentimen atau stigma lama.
Beliau selanjutnya menegaskan bahawa UMNO kekal membawa agenda Melayu, namun dalam landskap politik hari ini, kerjasama merentasi parti adalah jalan paling rasional.
Topic Berkaitan
#PAU 2025
#Ahmad Zahid Hamidi
#kerjasama UMNO-DAP
#team B DAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan