awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemerdagangan manusia: Sembilan warga Indonesia diberkas di Pontian
Musk tuntut sehingga US$109.4 bilion daripada OpenAI atas "keuntungan salah"
Penyokong anjur solat hajat perdana, mohon keadilan buat Najib Razak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Myanmar nafi tuduhan genosid Rohingya di mahkamah ICJ

Bernama
Bernama
17/01/2026
13:45 MYT
Myanmar nafi tuduhan genosid Rohingya di mahkamah ICJ
Myanmar pada Jumaat menafikan tuduhan ia melakukan genosid terhadap minoriti Muslim Rohingya dalam kes yang difailkan oleh Gambia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Myanmar pada Jumaat menafikan tuduhan ia melakukan genosid terhadap minoriti Muslim Rohingya dalam kes yang difailkan oleh Gambia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Pendirian tegas Myanmar ialah Gambia gagal memenuhi beban pembuktian. Kes ini akan diputuskan berdasarkan fakta yang dibuktikan, bukan pendakwaan tanpa asas," kata wakil Myanmar, Ko Ko Hlaing, kepada badan kehakiman utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.
Gambia membawa kes itu pada November 2019, menuduh Myanmar melanggar "Konvensyen Mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid."
Pada Khamis, mahkamah mendengar hujah pasukan perundangan Gambia mengenai siasatan bahawa pegawai tentera Myanmar menghasut keganasan melalui ucapan kebencian.
ICJ akan meneruskan pendengaran awam sehingga 29 Jan mengenai dakwaan bahawa Myanmar melakukan genosid terhadap minoriti Muslim Rohingya.
Sebanyak 11 negara - Kanada, Denmark, Perancis, Jerman, Belanda, United Kingdom, Maldives, Slovenia, Republik Demokratik Congo, Belgium dan Ireland - memfailkan pengisytiharan campur tangan.
Minoriti Muslim Rohingya telah lama menderita akibat penindasan di negeri Rakhine, Myanmar, dengan pihak berkuasa dituduh melakukan genosid.
Kira-kira satu juta orang telah melarikan diri ke Bangladesh sejak 2017.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Myanmar
#nafi tuduhan
#genosid Rohingya
#Mahkamah ICJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan