awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerusi DUN Sindumin tidak kosong, Yusof kekal ADUN - Speaker DUN Sabah

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
25/10/2021
10:09 MYT
Kerusi DUN Sindumin tidak kosong, Yusof kekal ADUN - Speaker DUN Sabah
Sehubungan itu, katanya, Yusof dengan itu kekal sebagai ADUN Sindumin yang sah dan hanya meninggalkan Parti Warisan. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya mengesahkan Kerusi DUN Sindumin tidak kosong selepas wakil rakyatnya, Datuk Yusof Yacob menafikan ada menandatangani surat peletakan sebagai ADUN yang diberikan firma guaman pada 15 Oktober lalu.
Sehubungan itu, katanya, Yusof dengan itu kekal sebagai ADUN Sindumin yang sah dan hanya meninggalkan Parti Warisan.
Jelas Kadzim, Yusof pada 16 Oktober lalu telah menyerahkan akuan bersumpah menafikan beliau menandatangani surat peletakan tersebut.
"Selepas meninggalkan Warisan, Yusof ada menghubunginya untuk membuat janji temu sebelum mengadakan pertemuan pada 11 Oktober.
"Pada mesyuarat itu, Yusof mengemukakan akuan bersumpah membatalkan semua ikrar yang dibuatnya sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16. Yusof turut membatalkan ikrar sebelum pilihan raya untuk mengosongkan kerusi Sindumin jika meninggalkan Warisan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Ekoran itu pada 15 Oktober, Kadzim berkata, beliau menerima surat guaman mendakwa dilantik Yusof yang turut menyertakan surat peletakan jawatan bertarikh 8 Oktober yang kononnya ditandatangani Yusof.
Bagaimanapun, Yusof menyerahkan akuan bersumpah pada 16 Oktober yang mengesahkan beliau tidak pernah menandatangani surat seperti didakwa pihak guaman tersebut.
Yusof mengesahkan meninggalkan Warisan dan mengambil keputusan menjadi ADUN Bebas yang menyokong kerajaan.
Kadzim mengesahkan pihaknya setelah meneliti dokumen-dokumen yang telah dihantar kepadanya daripada dua pihak, iaitu Datuk Yusof dan parti Warisan.
"Untuk menentukan status kerusi N.35 Sindumin, saya dipandu oleh dokumen-dokumen yang telah dikemukakan kepada saya, mesyuarat yang dijalankan pada 11 Oktober, undang-undang seperti sekarang dan kes ADUN Sebatik yang sama dalam fakta dengan isu yang sedang dihadapi.
"Saya telah menerima tiga dokumen daripada Datuk Yusof Yacob dan dua dokumen dari Parti Warisan atau ejennya," katanya.
Topic Berkaitan
#DUN Sindumin
#Speaker DUN Sabah
#Yusof keluar Warisan
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan