awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Zahid tidak akan jadi faktor dalam PRN Johor - Mohamad Hasan

Astro Awani
Astro Awani
24/01/2022
04:29 MYT
Kes Zahid tidak akan jadi faktor dalam PRN Johor - Mohamad Hasan
MOHAMAD HASAN: Sejauh mana orang hendak menggunakan kes mahkamah sebagai modal pilihan raya. Pendakwaan sedang dilakukan ataupun telah diputuskan. -Astro AWANI/Ridauddin Daud
KUALA LUMPUR: Perjalanan kes melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak akan menjadi faktor utama serangan terhadap parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kes-kes mahkamah melibatkan pemimpin politik UMNO boleh dianggap sebagai 'diluted' (menjadi lemah).
"Sejauh mana orang hendak menggunakan kes mahkamah sebagai modal pilihan raya. Pendakwaan sedang dilakukan ataupun telah diputuskan.
"Kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun diputuskan. Ahmad Zahid hari ini, saya tidak tahu betul atau tidak.
"Beliau akan diputuskan sama ada perlu membela diri atau tidak perlu. Ini sudah dua tiga tahun.
"Saya tidak yakin ini akan menjadi faktor utama," kata Mohamad ketika ditemui media selepas keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 10 pagi pada Isnin.
Beliau hadir bagi mendengar keputusan melibatkan Ahmad Zahid yang diperintah membela diri terhadap 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi.
Dalam pada itu, Mohamad menegaskan kerjasama bersama Pas dalam Muafakat Nasional masih belum diputuskan di peringkat pusat pada waktu ini.
"Tapi mengikut apa disebut Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Johor (Datuk Hasni Mohammad), mereka lebih cenderung untuk berseorangan.
"Jadi kita akan bincang di peringkat jawatankuasa pusat dan akan putuskan dalam mesyuarat khas MT (Majlis Kerja Tertinggi) kita, bagaimana cara hadapi PRN Johor ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#PRN Johor
#Zahid Hamidi
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan