awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Kesian Tun Mahathir dikalahkan melalui rasuah" - Khaled Nordin

Sinar Harian
Sinar Harian
14/07/2023
10:27 MYT
"Kesian Tun Mahathir dikalahkan melalui rasuah" - Khaled Nordin
"Yang kalahkan Tun ia lah PN, yang ini kita boleh setuju dengan Tun M. Kesian Tun M dikalahkan melalui rasuah oleh PN" - kata Khaled. - Twitter Khaled Nordin
SHAH ALAM: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersetuju dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa kekalahannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berpunca daripada rasuah.
Menurut Mohamed Khaled yang juga Menteri Pendidikan Tinggi, beliau turut bersetuju apabila bekas Ahli Parlimen Langkawi itu mengaitkan perkara tersebut dengan Perikatan Nasional (PN).
“Yang kalahkan Tun ia lah PN, yang ini kita boleh setuju dengan Tun M. Kesian Tun M dikalahkan melalui rasuah oleh PN,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Jumaat.
Yang kalahkan Tun ia lah PN, yang ini kita boleh setuju dengan Tun M. Kesian Tun M dikalahkan melalui rasuah oleh PN https://t.co/kj6N3kYLNs
— Khaled Nordin (@KhaledNordin) July 14, 2023
Kenyataan Ahli Parlimen Kota Tinggi mengenai rasuah itu dipercayai merujuk kepada keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu yang membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad yang mewakili Pas selepas pihak pempetisyen, iaitu calon BN, Datuk Mohd Zubir Embong berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15.
Pada Khamis, Tun Mahathir mendakwa dirinya tewas di kerusi Parlimen Langkawi pada PRU15 disebabkan amalan rasuah.
Pengerusi Proklamasi Orang Melayu itu kalah teruk sehingga hilang deposit apabila hanya memperoleh 4,566 undi kepada calon PN, Datuk Suhaimi Abdullah yang memenangi kerusi tersebut dan tiga lagi calon dengan majoriti 13,518. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohamed Khaled Nordin
#Tun Mahathir
#PRU15
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan