KUALA LUMPUR:Ketegangan politik antara parti dalam Perikatan Nasional (PN) di Perak dilihat semakin berkurang selepas pelantikan Menteri Besar yang baharu mendapat persetujuan daripada ketiga-tiga parti berkenaan.
Penganalisis politik Dr Sharifah Syahirah Syed Sheikh berkata, perkara itu sekali gus akan menyelesaikan kemelut politik yang wujud di negeri itu.
"Saya nampak ketegangan politik di Perak semakin berkurangan, namun terpulang kepada parti masing-masing iaitu UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Jika ketiga-tiga pemimpin utama dalam tiga parti itu berpuas hati dengan rundingan yang dibuat, ia akan menyelesaikan kemelut yang wujud di negeri itu.
"Saya akui, (untuk kurangkan ketegangan) itu akan mengambil masa, tetapi apa yang dilakukan sekarang ini, seperti akuan bersumpah (SD) daripada Bersatu dan Pas (dalam menyokong wakil UMNO sebagai Menteri Besar), menjurus kepada kesepakatan dan bukan untuk menambah konflik," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Dalam pada itu, Sharifah Syahirah berkata, kekukuhan PN di negeri itu masih menjadi tanda tanya meskipun kemelut politik di negeri itu kelihatan ditamatkan dengan pelantikan Menteri Besar daripada UMNO.
"Apa yang berlaku di Perak yang saya nampak ialah, UMNO inginkan satu suara yang besar kerana mempunyai jumlah kerusi paling banyak dan ini adalah logik dalam politik negara.
"Tetapi, jika sekepakatan PN ini atas dasar nama Melayu dan Islam, saya percaya ia akan kekal dan proses pengukuhan ini akan berjaya sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 nanti," katanya.
Kemelut politik di Perak sejak minggu lepas menemui jalan penyelesaian apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.
Saarani, 59 tahun, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak dilantik Menteri Besar Perak ke-14, menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang meletak jawatan bersama seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) 5 Dis lepas.
Ahmad Faizal, ADUN Chenderiang, meletak jawatan selepas gagal mendapat sokongan menerusi usul 'keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap menteri besar' pada Jumaat lepas.
Fauzi Suhaimi
Thu Dec 10 2020

SHARIFAH SYAHIRAH: Jika ketiga-tiga pemimpin utama dalam tiga parti itu berpuas hati dengan rundingan yang dibuat, ia akan menyelesaikan kemelut yang wujud di negeri itu.- Gambar Astro AWANI

18 Puasa Di Kampong Pisang naskhah komedi terbaharu Mamat Khalid sempena Ramadan
Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang bukan sekadar tontonan ringan, sebaliknya, sarat dengan mesej keimanan dan sindiran sosial.

SJKC Puay Chai 2 Bandar Utama ditutup, enam pelajar positif COVID-19
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)(C) Puay Chai 2 di Bandar Utama, Petaling Jaya diarahkan ditutup sementara berkuatkuasa hari ini selepas enam pelajarnya disahkan positif COVID-19.

Vaksin COVID-19: Kumpulan kedua libatkan lebih 1,000 atlet, pegawai - Reezal Merican
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang terlibat dalam pertandingan sukan seperti Liga Bola Sepak Malaysia, Liga Joki Malaysia dan kejohanan utama di luar negara.

Politik | Tiada parti boleh bentuk kerajaan majoriti
Semua parti politik perlu sedar tiada sesiapa boleh membentuk kerajaan secara majoriti dan pentadbiran sendiri, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.

SRC International: Hakim bagaikan 'terdorong' putus Najib bersalah - Peguam
Mahkamah Rayuan pada Selasa diberitahu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bagaikan terdorong untuk memutuskan bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak bersalah.

Wakaf | Penjawat awam digalak berwakaf melalui potongan gaji
Bagi meningkatkan tabungan dana dan aset wakaf negara, satu inisiatif perlu dirangka di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menggalakkan penjawat awam berwakaf, khususnya secara berkala melalui potongan gaji.

#YakiniVaksin: Kempen tangani mitos, salah faham vaksin COVID-19
Inisiatif itu dilaksanakan selepas rakyat sering dimomok oleh pelbagai mitos, teori konspirasi dan salah faham yang tersebar meluas tanpa tapisan terutama di media sosial.

Beri laluan Najib kemudi parti pada PRU15 - Ketua UMNO Kubang Pasu
Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kelebihan untuk kembali memimpin UMNO dan membawa kebangkitan semula parti seperti sebelum ini.

AWANI Ringkas: Penjawat awam digalak berwakaf | Sebanyak 1,018,937 dos suntikan vaksin telah diberikan

Wanita tidak sedar diri hamil, sehinggalah melahirkan bayi dalam tandas
Seorang wanita hanya mengetahui dirinya hamil selepas dia melahirkan seorang bayi dalam tandas rumahnya.

Ketegangan PN Perak beransur pulih - Penganalisis
Sharifah Syahirah berkata, perkara itu sekali gus akan menyelesaikan kemelut politik yang wujud di negeri itu.